Syafawi akhir tahun 201 4

IKLAN SYAFAWI

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SESI PENGAJIAN 2014

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH

 

23 – 25 NOV 2014 :

MADAH                         : SYAFAWI AL-QURAN, MUTUN TAJWID, MUTUN QIRAAT DAN QIRAAT.

PELAJAR TERLIBAT : SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1, 2 DAN 3.

 

26 NOV – 09 DIS 2014 :

MADAH                         : TAHRIRI SEMUA MATA PELAJARAN

PELAJAR TERLIBAT : SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1, 2, 3 DAN 4

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU MAAHAD KAWALAN YAYASAN ISLAM KELANTAN

Syarat Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan
Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

1. MAAHAD MUHAMMADI (L)
2. MAAHAD MUHAMMADI (P)
3. MAAHAD TAHFIZ SAINS
4. MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT (PULAI CHONDONG, MACHANG DAN ASRIAH BANGGOL CHICHA, PASIR MAS)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.1  Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 2003 adalah layak memohon masuk Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan.

1.2  Keputusan UPSR 2014 mendapat 5A

1.3  Permohonan boleh dibuat di Maahad berkenaan

1.4  Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Yayasan Islam Kelantan / Maahad Kawalan

1.5  Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan bersama Wang Pos RM5.00 atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan ke Maahad Kawalan.

1.6  Permohonan yang tidak disertakan Wang Pos tidak akan didaftar.

http://www.yik.edu.my/v3/index.php/my/component/content/article/17-perkhidmatan/60-permohonan-masuk-ke-maahad

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

PEPERIKSAAN SMTQ & SMU 2014 TAMAT

Calon Sijil Menengah Tahfiz al-Quran dan Sijil Menengah Agama MTAQA selesai menduduki kertas terakhir iaitu Rasm al-Quran.

Moga memperoleh keputusan yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.

 

10771_10204469381390786_1777116856446982253_n

10351006_10204469381430787_6578534528306299651_n10411119_10204469381510789_8485307286366974160_n

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

CUTI SEMPENA DEEPAVALI DAN AWAL MUHARRAM 22-26 OKTOBER 2014

Hari ini semua pelajar MTAQA dibenarkan pulang sempena cuti Deepavali dan awal Muharram. Pelajar dibenarkan meninggalkan kawasan asrama sesusai solat zohor hari ini. Pelajar juga diwajibkan mengosongkan kasawan asrama sebelum pukul 16.00 petang.

Cuti kali ini sebenarnya tiada dalam takwim tahunan Tahfiz YIK. Namun, hari persekolahan pada 23 Oktober 2014 telah diarahkan ganti pada sabtu 18 Oktober lalu. Jadi pihak sekolah membenarkan pelajar pulang kerumah masing-masing pada hari ini setelah selasai sesi pembelajaran hari ni.

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA DAN SIJIL MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN

Bermula 13 Oktober lalu seramai 35 pelajar Tingkatan 4, Maahad Tahfiz al-Quran menduduki peperiksaan Sijil Menengah Tahfiz al-Quran (SMTQ) dan Sijil Menengah Agama (SMU) yang akan berakhir pada 22 Oktober 2014. Peperiksaan SMTQ hanya diduduki oleh pelajar Tahfiz aliran Qiraat Yayasan Islam Kelantan sahaja.

Calon SMTQ dan SMU MTAQ al-Asriah mula diduduki pada tahun 2010. Calon pada tahun tersebut menempa nama apabila seorang dari calonnya dinobatkan Pelajar Terbaik SMTQ 2010 dan kelulusan 100% lulus. Sehingga kini calon SMTQ dan SMU MTAQ al-Asriah masih mengekalkan prestasi 100% lulus. Doakan Calon SMTQ dan SMU MTAQA mengekalkan dan melonjakkan lagi kecemerlangan yang ditempa selama ini.

PaperArtist_2013-10-21_07-56-10

Posted in Berita | Tagged | Tinggalkan komen

MAKLUMAN CUTI DEEPAVALI 2014

Semua pelajar MTAQA dibenarkan pulang bercuti bermula 22 Oktober hingga 26 Oktober 2014.
CUTI

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

LAWATAN MAHABBAH MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH

Image

Hari ini, MTAQA telah menerima lawatan mahabbah daripada Maahad Tahfiz Al-Hidayah (MATAH), Kampung Janda Baik, Bentong Pahang.

Rombongan daripada MATAH ini terdiri daripada 40 orang pelajar tahfiz dan anak yatim serta 3 orang guru pengiring.

Pihak MTAQA mengucapkan ribuan terima kasih kepada MATAH diatas lawatan ini.

 

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

LAMBAIAN KAABAH YIK 2014 : UCAPAN DOA DARI WARGA MTAQA

Image 

Seramai 4 orang pelajar dan seorang guru dari MTAQA menyertai ibadah umrah bersama Yayasan Islam Kelantan (YIK) 2014. Mereka telah diiringi oleh mudir MTAQA Ustaz Haji Zawawi Bin Zakaria ke airport Kota Bharu.

Rombongan umrah ini bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra seawal jam 9 pagi hari ini.

Kami warga MTAQA mengucapkan selamat berangkat kepada semua yang terlibat dalam rombongan umrah YIK 2014.

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

LAWATAN BADIM

Image

Semalam (10 Mei 2014), Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah (MTAQA) telah menerima lawatan daripada Badan Didikan Islam UDA Holding (BADIM). 

Sehubungan dengan itu, pihak MTAQA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BADIM diatas kunjungan ini.

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen