Keputusan SMTQ / SMU yang telah diumumkan beberapa hari lalu meletakkan nama MTAQ Al-Asriah di tempat yang ke dua keseluruhan Sekolah Kawalan di belakang Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat, Pulai Chondong. Lonjakan satu anak tangga dari kedudukan ketiga dari tahun lepas yang dicapai warga MTAQA yang baru tahun kedua menduduki peperiksaan ini.
100% lulus bukan sahaja keselurahan pencapaian tetapi merangkumi seluruh mata pelajaran. Semua calon lulus semua mata pelajaran yang diambil. Menurut Pengetua MTAQA, Ustaz Zawawi Zakaria lonjakan ini adalah usahasama dan kerjasama semua pihak untuk memastikan pencapaian pelajar dan sekolah meningkat buat tahun kedua.
66.67% atau 14 orang pelajar mendapat pangkat Mumtaz, manakala selebihnya 33.33% mendapat Jayyid Jiddan atau 7 orang pelajar. Pelajar terbaik MTAQA ialah Husni Hamidi Hamdan.
tahniah dan syabas… moga terus maju dan menempa sejarah yang gemilang serta diberkati Allah
Terima kasih. InsyaAllah terus maju