KURSUS IMAM HAFIZ MUDA MTAQA 1433

MTAQ Al-Asriah melalui Panitia Al-Quran dan Al-Qiraat telah menganjurkan Kursus Imam Hafiz Muda tahun 1433H yang bertempat di Kompleks Darul Quran, Labok, Machang, kelantan. Kursus yang berlangsung selama tiga hari dua malam tersebut bermula 22 hingga 24 Syaaban 1433H bersamaan 12 hingga 13 Julai 2012M lalu.

Kursus yang mensasarkan pelajar yang bakal menjadi imam terawih pada bulan Ramadhan nanti selain memantapkan thaqafah dan tarbiah pelajar. Program tersebut disertai oleh 38 orang pelajar tingkatan satu hingga empat. Pemilihan pelajar berdasarkan prestasi yang baik dan mampu menggalas tugas tersebut.

Antara pengisian yang dilaksanakan adalah sebagaimana berikut :

Ceramah 1 : Imam Muda Ideal ; Realiti dan Cabaran oleh Ustaz Rasyidi ( Imam Tua Masjid Mukim Batang Merbau serta tenaga pengajar di MTS Tanah Merah )

Ceramah 2 : Tips Bacaan Imam Yang Baik Dalam Solat

Ceramah 3 : Konsep Imam dan Pengaruhnya dalam Islam oleh Ustaz Khairul Afendi ( Guru Kanan Al-Quran MTAQA )

Ceramah 4 : Solat Jemaah ; Persediaan dan Pelaksanaan

Bengkel, KDK dan Riadah sekitar Labok dan Tok Bok, Machang.

Kuliah Umum bersama Masyarakat setempat, Qiamullail serta Praktikal Bilal dan Imam di Masjid Mukim Labok.

 peserta IHM Kolam Air Panas Tok Bok

Posted in Pelbagai | 2 Komen

CERAMAH MOTIVASI

Sabtu. 30 Julai. Unit Kaunseling MTAQ al-Asriah telah mengadakan Ceramah Motivasi Membina Kekuatan Belajar, oleh Ustaz Mohd Zaki Mohd Zain, salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Lemal, Pasir Mas.

20120630-232750.jpg

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

1 JULAI : HARI YAYASAN ISLAM KELANTAN

1Julai 2012 merupakan sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan.

Semua guru dan kakitangan MTAQ Al-Asriah diwajibkan menghadiri sambutan tersebut yang akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiah (PUTIK), Pangkalan Chepa. Majlis perasmian oleh YAB Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

Pengisian :

Ceramah Motivasi oleh Dr. Shukri Abdullah (Pakar Motivasi)

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustaz Muhammad Asyraf Anuar ( Guru di MTAQ al-Asriah )

Persembahan pelajar

Pengistiharan Tokoh Pendidik 2012

Posted in Pelbagai | Tagged | Tinggalkan komen

MAKLUMAN : PERUBAHAN CUTI AIDILFITRI

Cuti Hari Raya Aidilfitri bagi Mahaad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha pada 14 Ogos hingga 25 Ogos 2012 dipinda pada tarikh berikut :

16 Ogos hingga 27 Ogos 2012.

Posted in Pelbagai | 2 Komen

THOUBOR BULANAN

Perhimpunan bulan Jun sedang berlangsung sekarang.

Dimulakan dengan Ummul Quran, bacaan al-Quran serta ucapan dan amanat guru-guru.

20120625-080405.jpg

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

MESYUARAT AGUNG PIBG MTAQA KALI KE 4

9 JUN 2012. Bertempat di Dewan Utama MTAQ Al-Asriah, mesyuarat agung tahunan PIBG MTAQA kali ke 4 berjaya mengumpulkan 90 orang ibu bapa atau penjaga pelajar MTAQA. Peningkatan 15% berbanding tahun lepas.

Majlis yang bermula jam 9.15 pagi itu dirasmikan oleh YB Hj Hanifa bin Ahmad, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir. Turut hadir wakil YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Cikgu Sabri.

Posted in Pelbagai | 6 Komen

KELAS PENGUKUHAN AL-QURAN SIRI 02/2012 DAN MULTAQA 1

Mula 25 Mei 2012 hingga 29 Mei 2012.

Multaqa pula diadakan pada 29 Mei 2012

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

DAFTAR PELAJAR BARU DAN LAMA MTAQA

2 Januari 2012 lalu menyaksikan seramai 56 pelajar yang berjaya ditawarkan di Maahad Tahfiz al-Quran al-Asriah telah mendaftar pada pagi dan petang hari isnin.

Pelajar baru yang terdiri dari seluruh daerah negeri Kelantan dan beberapa buah negeri lain seperti Terengganu, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Serawak.

Manakala 117 pelajar lama pula mendaftar pada sebelah petang.

Posted in Pelbagai | 2 Komen

SMTQ 2011 : PRESTASI TERUS CEMERLANG

Keputusan SMTQ / SMU yang telah diumumkan beberapa hari lalu meletakkan nama MTAQ Al-Asriah di tempat yang ke dua keseluruhan Sekolah Kawalan di belakang Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat, Pulai Chondong. Lonjakan satu anak tangga dari kedudukan ketiga dari tahun lepas yang dicapai warga MTAQA yang baru tahun kedua menduduki peperiksaan ini.

100% lulus bukan sahaja keselurahan pencapaian tetapi merangkumi seluruh mata pelajaran. Semua calon lulus semua mata pelajaran yang diambil.  Menurut Pengetua MTAQA, Ustaz Zawawi Zakaria lonjakan ini adalah usahasama dan kerjasama semua pihak untuk memastikan pencapaian pelajar dan sekolah meningkat buat tahun kedua.

66.67% atau 14 orang pelajar mendapat pangkat Mumtaz, manakala selebihnya 33.33% mendapat Jayyid Jiddan atau 7 orang pelajar. Pelajar terbaik MTAQA ialah Husni Hamidi Hamdan.

Posted in Pelbagai | 2 Komen

SMTQ 2011 : MTAQ AL-ASRIAH MENGEKALKAN 100% LULUS

” … Antara sekolah yang mendapat kelulusan 100 peratus, Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Al Asriah Banggol Chicha, Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.” petikan dari http://www.harakahdaily.net.

Berita lanjut sila klik di sini. (Harakah Daily)

# Laporan lanjut mengenai keputusan SMTQ MTAQ al-Asriah 2011 akan dikemas kini kemudian.

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen