TARIKH PENTING UNTUK CALON SMTQ/SMU

  • Ujian Lisan (SMTQ):-

Tarikh: 11 Julai – 11 Ogos 2016

1) Hafazan Al-Quran

2) Al-Qiraat

3) Hafazan Hadis

***********

  • Ujian Bertulis (SMTQ):-

Tarikh: 5 September 2016

1) Al-Quran

***********

  • Ujian Bertulis (SMU):-

Tarikh: 17 Oktober – 25 Oktober 2016

1) Subjek-subjek SMU (Balagah, Nahu, Bahasa Arab & lain-lain…..)

SUMBANGAN KEK SEMPENA HARI GURU 2016

Terima kasih. Hari ini MTAQA menerima sumbangan kek daripada Kerajaan Negeri Kelantan untuk santapan para guru dan murabbi. Sumbangan ini disampaikan sendiri  oleh Hajah Kamariah Binti Jaafar yang merangkap Ketua Muslimat Dun Pengkalan Pasir, Pasir Mas di MTAQA.

Hari ini merupakan sambutan hari guru peringkat negara Malaysia dan boleh lihat di kebanyakan sekolah yang meriah dengan sambutan hari guru di sekolah masing-masing. MTAQA  belum lagi menyambut Hari Guru 2016 peringkat sekolah memandangkan para pelajar masih lagi belum selesai menduduki peperiksaan pertengahan tahun. InsyaAllah pada hari Khamis minggu depan para guru MTAQA akan dirai.

Kek ini ternyata kecil nilainya jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan serta jasa para guru dan ustaz di sini yang semestinya tidak ternilai.

Ianya cuma sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada kerajaan negeri kepada para murabbi seluruh Kelantan.

Alhamdulillah.

إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها ، وحتى الحوت ، ليصلون على معلم الناس الخير. رواه ترمذي

“Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.” (Hadis Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan Al-Albani.)

Guru Pembina Negara Bangsa.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016

Bermula 5 Mei sehingga 25 Mei, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah (MTAQA) akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Tahun ini merupakan tempoh yang agak panjang untuk peperiksaan pertengahan tahun yang diperuntukkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Seperti kebiasaan, peperiksaan pertengahan tahun mempunyai ujian syafawi atau nama lainnya adalah ujian lisan dan juga peperiksaan bertulis atau nama lainnya adalah ujian tahriri.

Ini bermakna, pelajar MTAQA akan menduduki ujian syafawi selama seminggu dan ujian tahriri selama 2 minggu dan seterusnya pelajar akan mula bercuti penggal pertengahan tahun pada 27 haribulan Mei. Didoakan semoga Allah Taala mempermudahkan urusan anak-anak Asriah ini dalam menjawab peperiksaan dan semoga dicampakkan hidayah yang berterusan untuk anak-anak ini.

IMBAS KEMBALI

Imbas kembali, sehari sebelum bermulanya peperiksaan, telah diadakan sedikit taklimat ringkas kepada para pelajar tentang perjalanan peperiksaan pertengahan tahun. Cikgu Azamli yang merupakan Setiausaha Peperiksaan MTAQA memberikan sedikit azimat dan info-info yang berkaitan tentang peperiksaan seperti disiplin, susun atur meja dan juga perkara-perkara berkaitan yang lain.

Perhimpunan ringkas ini diadakan di Masjid MTAQA pada 5 Mei yang lepas pada pukul 1 tengah hari sebaik sahaja selesai solat zohor berjemaah. PK HEM, Cikgu Wan Rahim turut menyampaikan amanat dan kata-kata motivasi sebagai pembakar semangat kepada para pelajar untuk bersungguh-sungguh dalam menghadapi peperiksaan pertengahan tahun ini. Biar pelajar tahu yang peperiksaan ini ada makna dan nilai di sisi mereka serta di sisi para guru.