SAMBUTAN HARI GURU MTAQA 2010


Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah (MTAQA), Pasir Mas telah mengadakan sambutan hari guru pada 24 Jun 2010. Sambutan tersebut diadakan di dewan besar MTAQA dan lapangan MTAQA. Majlis perasmian diadakan seawal jam 8.00 pagi yang dihadiri oleh Tuan Pengetua. Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan HEM, guru-guru MTAQA dan semua warga MTAQA.

Beberapa acara telah dipertandingkan membabitkan guru lawan pelajar.
1. Sepak Takerow
2. Bola
3. Ping pong
4. Belon terbang.

Beberapa acara tidak dapat dilaksanakan memandangkan padang utama digenangi air. Namun acara-acara diatas dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semua pertandingan dimenangi Guru. Tahniah buat team guru yang mengekalkan kejuaraan sejak Sambutan Hari Guru diadakan pada tahun lepas.

Selapas rehat minum pagi, acara dewan pula mengambil tempat. Semua guru dan pelajar berkumpul di dewan utama MTAQA untuk meneruskan agenda sambutan hari guru. Bermula dengan perbarisan hormat pelajar tingkatan satu yang mengiringi ketibaan para guru. Asmaul Husna dilagukan oleh semua yang hadir dan Lagu Negaraku juga tidak ketinggalan dilaungkan.

Perutusan Hari Guru oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan dibaca oleh Us. Othman yang mengharapkan keiklasan guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Seterusnya ucapan wakil pelajar dari setiap tingktan yang menyampaikan penghargaan jasa guru mendidik mereka.Acara diteruskan amanat Penolong Kanan 1 yang mewakili Tuan Pengetua.

Seterusnya persembahan daripada pelajar. Nasyid, Pentomen, Dikir barat, kotak beracun untuk para guru, tilawah dan sajak. Acara kemuncak pula menyaksikan anugerah-anugerah kepada guru melalui undian daripada pelajar. Anugerah yang dimenangi adalah sebagaimana berikut :

Angurah Khas                        : Us Zawawi Zakaria
Anugerah Guru Popular    : Us Ku Muhammad Idham Ku Muhammad Ramli
Anugerah Guru Mithali      : Us Abdul Muhaimim Abdullah
Anugerah Guru Perihatin : Us Mohd Azam Ab Wahab
Anugerah Guru Spoting     : Us Mohd Suhairol Mat Zain
Anugerah Guru Tegas         : Us Mohd Iimaduddin Husin
Anugerah Guru Dedikasi   : Us Mohd Abdul Aziz Mohd Ghazali
Anugerah Guru Mengajar Mudah Faham : Us Muhammad Azri Amin Mustapai
Anugerah Guru Kreatif      : Us Mohd Nasuruddin Ismail
Anugerah Guru Kelakar    : Us Abdul Halim Abdullah

Sambutan Hari Guru tersebut diakhiri dengan pelajar-pelajar memberikan hadiah penghargaan kepada guru masing-masing.

Berita disediakan Oleh :
Krew ICT MTAQA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s