::: SEKILAS PERISTIWA RAMADHAN MTAQA :::


15 Ogos 2010.
Jadual pengajaran dan pembelajaran rasmi MTAQA berubah sepanjang bulan Ramadhan sahaja. Bemula 7.30 pagi hingga 1.25 sahaja. Seterusanya solat Zohor berjemaah dan Tazkirah Ramadhan oleh guru-guru MTAQA. Kelas al-Quran sebelum dan selepas solat subuh dan asar adalah seperti biasa. Cuma kelas al-Quran malam hanya selepas solat mangrib bermula jam 8.00 hingga 8.30 sahaja.

17 Ogos 2010.
Seramai 20 orang pelajar yang diringi oleh Us Abdul Halim Abdullah menyertai program imam terawih di Jajahan Tumpat bersama dengan Maahad Tahfiz Al-Quran Bustanul Arifin.

18 Ogos 2010.
20 orang pelajar bersama guru pengiring Us Mohd Fahmi Mohd Nawi, meneruskan malam kedua program imam terawih jelajah Jajahan Pasir Mas juga bersama dengan Maahad Tahfiz Al-Quran Bustanul Arifin.

19 – 30 2010.
Seramai 49 pelajar tingkatan 4 MTAQA menduduki peperiksaan percubaan Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran ( SMTQA ).

24 – 27 Ogos 2010.
Setiap malam seramai 16 orang pelajar diiringi dua orang guru menyertai Program Relay Al-Quran yang bermula jam 12.00 malam hingga 3.15 pagi. Program tersebut diadakan di Qaryah Ramadhan, Kota Baru sempena Ihya’ Ramadhan 1431H.

30 Ogos 2010.
40 orang pelajar dan lima orang guru MTAQA menyertai Khatam Al-Quran sempena Diambang Mardeka di Qaryah Ramadhan, Stadium Sultan Muhammad IV.

1 Saptember 2010.
Majlis Tadarus al-Quran dan Iftor Jama’e MTAQA 2010.

Majlis yang bermula seawal jam 4.10 petang dengan kehadiran semua guru dan pelajar memenuhi ruangan Masjid MTAQA. Selesai solat Asar berjemaah, Majlis Tadarus dimulakan dengan para hadirin diperdengarkan bacaan al-Quran oleh Ustaz Abdul Muhaimim Abdullah. Ceramah pula, disampaikan oleh Us. Zawawi Zakaria, Us Nasrudin Saufi dan Us. Muhammad Azri Amin Mustapai. Majlis Tadarus diakhiri dengan ucapan penutup oleh Tuan Pengatua MTAQA, Us. Mahsor Yahya.

Setelah berbuka dengan kurma dan air, solat maghrib berjemaah yang diimami oleh Us. Othman bin Cek Yeeng. Menu berbuka adalah nasi bukhari, ayam masak merah, dalca daging dan kuih muih. Solat terawih dan witir pula diimamkan oleh Us. Ku Mohd Idham Ku Muhammad Ramli. Seusai solat, kami dihidangkan pula dengan “colek”.

3 – 18 September 2010.
Cuti pertengahan penggal MTAQA dan Hari Raya Aidilfitri

– GAMBAR AKAN DI MUAT NAIK SELEPAS INI. –

3 thoughts on “::: SEKILAS PERISTIWA RAMADHAN MTAQA :::

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s