MTAQA MENERIMA 45 PELAJAR BARU


Tanggal 1 Januari lalu menyaksikan seramai 45 orang pelajar yang berjaya ditawarkan ke Mahaad Tahfiz al-Quran al-Asriah melapor diri di Maahad ini.

Pelajar yang terdiri daripada segenap pelusuk negeri kelantan dan juga luar Kelantan itu mula membanjiri perkarangan MTAQA seawal jam 8.00 pagi. Pelbagai reaksi dapat dilihat apabila mereka mula memasuki perkarangan MTAQA yang tersergam indah ini.

Majlis Ramah Mesra bersama Ibu Bapa dan Guru MTAQA yang bermula jam 10.00 pagi pula mengambil alih sesi selepas pendaftaran yang berlangsung selama dua jam. Ucapan aluan yang disampaikan oleh YBrs Pengetua MTAQA. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan ibu bapa dapat bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melahirkan pelajar hafiz yang cemerlang, berakhlak mulia dan berketerampilan. Hal ini penting kerana pelajar memerlukan sokongan keluarga dan guru dalam menghadapi rintangan pembelajaran di masa hadapan.

Sesi taklimat oleh beberapa orang guru mengenai sistem pembelajaran, asrama, HEM, kewaangan dan terutanmuya al-Quran diadakan sejurus selesai ucapan aluan Pengetua. Seterusnya sesi soal jawab. Pelbagai persoalan yang diutarakan oleh ibu bapa terutamnya yang baru menghantar anak ke institusi yang menggabungkan tiga sistem pembelajaran.

“Walaupun cuti peristiwa diumumkan pada 2 Jan, pelajar tetap meneruskan minggu orientasi.” Umum Pengetua sebagai penutup masjlis tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s