PERSAINGAN KEJOHANAN SUKAN MTAQA SENGIT


Kejohanan Sukan MTAQA ( KSMTAQA ) yang berlangsung selama dua hari pada 16 dan 17 Februari menggamit kemeriahan dan ikatan ukhuwah yang mapan buat seluruh warganya. KSMTAQA yang bermula seawal jam 7.30 pagi pada hari pertama dirasmikan oleh PK HEM MTAQA, Cikgu Mohamad Zailani bin Mohd Yunus.

Dalam ucapannya beliau mengharapkan gagasan kecergasan yang disaran oleh Rasulullah s.a.w seperti memanah, berkuda dan berenang dapat diterap oleh pelajar dalam KSMTAQA. Semangat kesukanan yang baik digandingkan dengan ukhuwah Islamiah untuk mencapai hasrat melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua aspek kehidupan.

Empat pasukan pejuang dibentuk dalam menggalas tugas pertandingan KSMTAQA yang terdiri dari Uhud, Tabuk, Badar dan Khandak. Menurut pengarah KSMTAQA, Ustaz Mohd Suhairol bin Mohd Zain, nama pasukan yang diadaptasi dari nama peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah itu adalah untuk menerapkan semangat juang, pasukan dan kerjasama yang jitu dikalangan pelajar.

Pertandingan yang berlangsung pada hari pertama adalah bola sepak, bola tampar, ping pong dan sepak takrow. Setiap perlawanan melalui saringan liga untuk menentukan johan, naib johan, tempat ketiga dan keempat. KSMTAQA hari pertama berakhir jam 1.00 petang dengan kesemua acara berbaki dua perlawanan. Persaingan sengit yang ditunjukkan menambahkan kesukaran untuk menafsirkan kumpulan mana bakal mengungguli piala pusiangan juara keseluruhan.

Pertandingan merentas desa yang dimulakan tepat jam 7.50 pagi mejadi acara pembukaan pada hari kedua. Semua pelajar MTAQA menyertai acara ini termasuk beberapa orang guru yang mengiringi larian pelajar. Terdapat lima check point yang perlu ditempuhi oleh setiap peserta yang melalui larian sepanjang 5 kilometer. Trek larian yang dilalui peserta adalah jalan kampung dan sawah padi. Tiga buah kampung yang dilalui oleh peserta adalah kampung Banggol Chicha, Lubok Chekok dan Lubok Acing. Semua peserta berjaya menghabiskan larian masing-masing.

Sejurus 15 minit acara merentas desa melabuh tirai, pertandingan liga beberapa acara semalam yang belum mengakhiri perlawanannnya disambung semula. Jam 11.00 pagi mengakhiri perlawanan liga berpasukan yang menyaksikan pasukan Tabuk menjuarai acara bola tampar dan pingpong. Manakala bola sepak dan takrow dimenangi pasukan Uhud. Sukaneka yang diadakan selepas semua acara liga tamat menggamit riuh dikalangan peserta dan juga guru pasukan masing-masing. Masing-masing saling memberi semangat kepada ahli pasukan yang mewakili acara sukaneka.  Acara sukaneka yang dipertandingkan berupa makan epal, lari dalam kain sarung, lari ikat kaki, lari kebelakang, tiup belon dan berebut kerusi.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Pengetua MTAQA, Ustaz Haji Zawawi Zakaria yang mengharapkan semangat kesukanan dan ukhuwwah yang ditunjukkan dapat diteruskan pada masa hadapan dan berterusan sepanjang masa. Penyampaian hadiah, medal dan piala disampaikan oleh Pengetua, PK 1 dan PK HEM. Piala pusingan juara keseluruhan dimenangi oleh kumpulan Uhud yang mengatasi kumpulan Tabuk yang menduduki tempat kedua. Badar mengatasi Khandak untuk berada ditempat ketiga. KSMTAQA diakhiri dengan sesi bergambar pasukan dengan piala yang dimenangi.

Lagi gambar sila klik link ini > Gambar KSMTAQA 2011

3 thoughts on “PERSAINGAN KEJOHANAN SUKAN MTAQA SENGIT

  1. nasir says:

    Alhamdulillah , syukur pihak maahad kemaskini laman ,SELAMAT HARI GURU saya ucapkan kepada semua Guru MTAQA atas kesabaran dan keihklasan para guru membentuk anak-anak didik menjadi insan soleh.Moga Allah SWT memberkati para guru sekalian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s