WATIKAH PERLANTIKAN AJK KELAB DAN PERSATUAN


Pada 9 Februari 2011 yang lalu, Maahad Tahfiz al-Quran al-Asriah (MTAQA) telah mengadakan majlis penyerahan watikah perlantikan kepada semua ahli jawatankuasa persatuan dan kelab. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi itu menyaksikan penyerahan kepada semua ahli jawatankuasa persatuan dan kelab yang sudah lama ada di MTAQA dan juga baru ditubuhkan pada tahun ini.

Majlis yang diadakan sempena pehimpunan bulanan di medan perhimpunan MTAQA dimulakan dengan tilawah al-Quran oleh Ahmad Afiq Azmi. Wakil sekolah ke pertandingan tilawah peringkat zon empat, ketagori A. Seterusnya nasyid Asma ul Husna, Lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Azri Amin bin Mustapai mengenai kepentingan ilmu menjadi ucapan pembukaan pada majlis tersebut.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dari PK HEM MTAQA, Cikgu Mohammad Zailani Mohd Yunus. Seterusnya amanat daripada Tuan Pengetua MTAQA, Ustaz Hj. Zawawi Zakaria yang mengharapkan amanah yang diberikan kepada pelajar bukanlah beban yang terpaksa ditanggung dan bakal menyusahkan pelajar tetapi ianya sebagai proses pembelajaran yang tiada di medan kelas. Beliau juga mengharapkan pelajar yang dilantik dapat menjalankan tugas tersebut dengan cemerlang dan penuh rasa bertanggungjawab.

Mendahului penyerahan pada pagi tersebut adalah watikah dan pakaian rasmi kepada ketua pengawas, saudara Ahmad Faris Hazimi Mahsor dan ahli jawatankuasanya oleh YBrs Tuan Pengetua. Seterusnya Ketua Badan Dakwah dan Kepimpinan (BADAR), saudara Asem Syamsul Bahri dan ahli jawatankuasanya. Juga kepada Ketua Badan Asrama (AMTAQA), saudara Muhammad Muizuddin Kamaruzzaman dan Ahli Jawatankuasanya yang disampaikan oleh Tuan Pengetua MTAQA.

Seterusnya watikah penyerahan disampaikan oleh PK 1 MTAQA kepada Badan Redaksi dan ICT yang diketuai oleh saudara Husni Hamidi Hamdan. Ahmad Shahiruddin Kamaruddin yang mengetuai Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) pula mendahului penerima bagi kelab tersebut. Selain itu, saudara Umar Abdul Aziz yang mengetuai Kelab Bahasa Arab juga menerima watikah dari Ustaz Nasrudin Saufi.

Selanjutnya watikah disampaikan oleh PK HEM, Cikgu Mohammad Zailani Mohd Yunus kepada ketua Kelab Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) iaitu, saudara Mohd Afifi Zaidi. Selanjutnya kepada ahli jawatankuasa Kokurikulum yang diketuai oleh saudara Amir Ikhwan Mansor. Ketagori terakhir yang menerima watikah pada pagi itu adalah ketua kelas yang menerima pakaian rasmi iaitu jubah berwarna kuning.

Majlis diakhiri dengan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sempena kedatangan bulan Rabiul Awwal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s