PROGRAM MAULUD BERSAMA MASYARAKAT


Sempena bulan Maulud yang melabuhkan tirainya pada 5 mac 2011, pelajar MTAQA dengan kerja sama penduduk sekitar Repek telah mengadakan Sambutan Maulud di Masjid Mahmudi Tasik Berangan, Repek pada 29 Rabiul Awal yang lalu.

Sebelum acara yang bermula selepas solat maghrib, azan maghrib dilaungkan oleh pelajar MTAQA iaitu Muammar Hanif Maazam. Seterusnya solat Maghrib diimami oleh pelajar Tingkatan 3, Abdullah Afiq Abdul Rahim.

Pengerusi majlis yang dikendalikan oleh tenaga pengajar MTAQA iaitu, Ustaz Othman Che Yeeng yang mengharapkan program seumpama ini dapat mengeratkan jalinan kemesraan warga MTAQA dan Penduduk sekitar. Majlis pembuka tirai diserikan dengan bacaan secara tarannum oleh Qari cilik dari MTAQA, Ahmad Afiq Azmi yang merupakan pelajar Tingkatan 1. Seterusanya bacaan secara tarannum oleh bekas Johan Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, Cikgu Muhammad Husain.

Seterusnya selawat keatas Jungjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w secara beramai-ramai yang diketuai oleh saudara Muhammad Aiman Nik Nizam yang merupakan pelajar tingkatan 4 MTAQA (Calon SMTQ 2011). Selawat dilaungkan dengan penuh semangat menandakan kesyukuran kapada Allah s.w.t yang mengutuskan KekasihNya untuk menyelamatkan manusia. Menghindarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya tauhid dan iman.

Azan isya’ yang berkumandang jam 9.25 malam yang dilaungkan oleh saudara Muhammad Syifa’ Datuk Ahmad yang merupakan pelajar tingkatan 1(A). Selanjutnya solat isya’ yang diimamkan oleh pelajar Tingkatan 3, saudara Muhammad Fadhli Md Nasir. Sebelum majlis tersebut menutup tirai, jamuan yang disediakan oleh penduduk sekitar Tasik Berangan mengisi selera semua yang hadir pada malam tersebut. Semoga program yang melibatkan kebersamaan dengan masyarakat akan terus dilaksanakan pada masa hadapan. Seterusnya dapat mengeratakan silaturrahim sesama saudara seislam.

2 thoughts on “PROGRAM MAULUD BERSAMA MASYARAKAT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s