PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MTAQA 2011


Pada 8 Mei yang lalu, telah bermula peperiksaan pertengahan tahun MTAQA sesi pengajian 2011. Perjalanan ujian yang biasa dilaksanakan selama dua minggu pada tahun-tahun yang lepas dipanjangkan sehingga 3 minggu pada tahun ini. Hal ini kerana mata pelajaran, penggunaan buku rujukan dan soalan peperiksaan diselaraskan dengan Majlis Persidangan Pengetua YIK.

Tarikh perjalanan peperiksaan untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3 adalah sebagaimana berikut :

8 – 10 Mei 2011 : Syafawi [ melibatkan madah al-Quran, al-Qiraat, Tajwid dan Mutun ]

12 – 24 Mei 2011 : Tahriri atau bertulis [Melibatkan semua mata pelajaran]

Manakala Tingkatan 4 pula adalah sebagaimana berikut :

8 dan 9 : Syafawi [ al-Quran dan Mutun ]

13 dan 14 Mei : Syafawi [al-Qiraat]

10 – 24 : Tahriri [Melibatkan semua matapelajaran SMTQ dan SPM]

Pihak Pentadbiran, Guru-guru MTAQA dan ICT MTAQA mendoakan kejayaan mengiringi setiap calon MTAQA sesi 2011.

2 thoughts on “PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MTAQA 2011

  1. NASIR SULAIMAN says:

    saya cadangkan guru -guru di maahad Al-asriah rancangkan program kelas tambahan pengajaran nahu matan Jurmiah dan sarof matan bina untuk memantapkan kefahaman bahasa arab seperti yang ditekankan di pondok-pondok pengajian tradisional.

    • MTAQ Al-Asriah says:

      InsyaAllah.
      Sebenarnya phak kami telah menggunakan 2 buku tersebut dlm sukatan peljaran sehingga tahun lps. Tp mula thun ini, pihak kami terpaksa mnyelaras buku teks selaras dngan sukatan YIK.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s