KURSUS IMAM HAFIZ MUDA MTAQA 1433


MTAQ Al-Asriah melalui Panitia Al-Quran dan Al-Qiraat telah menganjurkan Kursus Imam Hafiz Muda tahun 1433H yang bertempat di Kompleks Darul Quran, Labok, Machang, kelantan. Kursus yang berlangsung selama tiga hari dua malam tersebut bermula 22 hingga 24 Syaaban 1433H bersamaan 12 hingga 13 Julai 2012M lalu.

Kursus yang mensasarkan pelajar yang bakal menjadi imam terawih pada bulan Ramadhan nanti selain memantapkan thaqafah dan tarbiah pelajar. Program tersebut disertai oleh 38 orang pelajar tingkatan satu hingga empat. Pemilihan pelajar berdasarkan prestasi yang baik dan mampu menggalas tugas tersebut.

Antara pengisian yang dilaksanakan adalah sebagaimana berikut :

Ceramah 1 : Imam Muda Ideal ; Realiti dan Cabaran oleh Ustaz Rasyidi ( Imam Tua Masjid Mukim Batang Merbau serta tenaga pengajar di MTS Tanah Merah )

Ceramah 2 : Tips Bacaan Imam Yang Baik Dalam Solat

Ceramah 3 : Konsep Imam dan Pengaruhnya dalam Islam oleh Ustaz Khairul Afendi ( Guru Kanan Al-Quran MTAQA )

Ceramah 4 : Solat Jemaah ; Persediaan dan Pelaksanaan

Bengkel, KDK dan Riadah sekitar Labok dan Tok Bok, Machang.

Kuliah Umum bersama Masyarakat setempat, Qiamullail serta Praktikal Bilal dan Imam di Masjid Mukim Labok.

 peserta IHM Kolam Air Panas Tok Bok

2 thoughts on “KURSUS IMAM HAFIZ MUDA MTAQA 1433

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s