MAJLIS GRADUASI YIK 2013


Esok (26/12) Huffaz dari MTAQ al-Asriah akan menyertai Majlis Graduasi YIK 2013. Majlis ini diadakan tiap-tiap tahun untuk meraikan pelajar Tahfiz di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan yang berjaya menamatkan hafazan masing-masing.

Perasmian bakal disempurnakan oleh Ustaz Dato’ Hj. Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan. Selain itu, pelajar MTAQ al-Asriah al-Hafiz Wan Muhammad Adham bin Wan Jalaluddin diberi penghormatan untuk mengalunkan ayat suci al-Quran pembuka tirai majlis esok.

Selain penerima sijil al-Hafiz, beberapa anugerah hafiz cemerlang juga bakal diumumkan esok. Anugerah paling tertinggi adalah Anugerah Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan, selain Anugerah Hafiz Terbaik Peringkat Sekolah, Anugerah Tulisan Ayat Terbaik dan Anugerah Hafiz dalam masa dua tahun sahaja.

Ibu bapa dan keluarga serta sahabat-sahabat dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.

Stiker Van MTAQA-1-1