Sambutan Hari Guru Peringkat Maahad Tahfiz Al – Quran Al – Asriah 2015


Alhamdulillah, pada tanggal 27 Mei 2015, pihak Maahad Tahfiz Al – Quran Al – Asriah dapat melaksananakan satu lagi program tahunan yang sangat dinanti –nantikan oleh para guru dan juga murid. Sambutan Hari Guru Maahad Tahfiz Al – Quran Al – Asriah 2015.

Butir – butir program adalah seperti berikut :-

Hari: Rabu

Tarikh: 27 Mei 2015 / 9 Syaaban 1436 Hijri

Masa: 07:45 Pagi

Tempat: Perkarangan Maahad Tahfiz Al – Quran Al – Asriah

Anjuran: Setiausaha Pendaftaran Dan Upacara Rasmi Sekolah

Bertemakan “Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”, sedikit sebanyak program ini dapat mengeratkan lagi jalinan kasih sayang dan juga tautan ukhuwwah antara barisan pendidik MTAQA dan para murid.

Tentatif atau atur jalan program adalah seperti di bawah:-

7:30 pagi: Para pelajar dan guru berkumpul di masjid MTAQA

  • Solat Hajat Perdana
  • Taklimat program oleh Pengarah Program

7:45 pagi: Acara padang dimulakan

  • Mini futsal
  • Bola tampar
  • Sepak takraw
  • Ping – pong
  • Sukaneka
    • Bowling kelapa
    • Rempit motosikal
    • Belon berair
    • Kail botol

10:30 pagi: Makan pagi

11:00 pagi: Acara dewan dimulakan:-

  • Bacaan ayat suci Al – Quran oleh Saudara Mohammad Asyrafil Hakim
  • Ucapan alu – aluan oleh Pengarah Program
  • Ucapan perasmian oleh Ybrs. Tuan Mudir Hj Zawawi Zakaria
  • Persembahan para pelajar
  • Ucapan hari guru dari wakil pelajar
  • Persembahan guru (permainan kotak beracun)
  • Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para guru

1:15 petang: Majlis penutup

  • Bacaan doa penutup oleh saudara Afif Fehmeen Bin Daud (Tingkatan 4)

1:20 petang: Majlis bersurai

  • Jamuan guru & kakitangan MTAQA
  • Solat zohor berjemaah (Guru, Kakitangan dan Murid)

 

Syukur alhamdulillah kerana program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan dapat disertai oleh semua guru dan juga murid. Cumanya terkecuali  dua orang murabbi  MTAQA iaitu Ustaz Mohd Afizul dan Ustaz Nasuruddin Ismail kerana terpaksa menguzurkan diri. Ustaz Afizul dikehendaki hadir ke YIK pada hari tersebut dan Ustaz Nasuruddin pula perlu menyertai seminar anjuran YIK di Kota Bharu. Para guru nampak gembira dan ceria sepanjang perjalanan program ini. Mungkin ianya petanda berpuas hati dengan pengisian program ini yang bertepatan dengan objektifnya.

Beginilah kehidupan di MTAQA. Para pelajar di MTAQA diibaratkan seperti anak – anak para pendidik itu sendiri. Dijaga sehabis baik mengikut apa yang termampu. Benar, ustaz mahupun guru itu tidak sempurna. Ada kekurangan yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Para guru dan barisan ustaz di sini sangat komited dan cuba untuk menyempurnakan  lagi potensi seiring dengan tema “Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”.

11059740_701342383310973_2179264933224776982_n

Sukan mahabbah antara guru dan murid

11143631_10206102917628171_8725101735662299060_n

Bacaan ayat suci Al – Quran sebelum acara dewan dimulakan

Lain – lain gambar boleh tengok di Album Page Maahad Tahfiz Al – Quran Al Asriah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s