MUKHAYYAM TARBAWI YIK


Pada 28 Mei 2015, pihak MTAQA telah menghantar seramai lapan orang anak didiknya untuk menyertai Mukhayyam Tarbawi yang dianjurkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Program ini merupakan program tahunan YIK dan pada tahun ini, tarikh 28 Mei hingga 31 Mei telah dipilih untuk menjalankan program ini.

Seramai lapan orang pelajar dari MTAQA telah didaftarkan untuk mukhayyam ini dan kesemuanya adalah dari Tingkatan 4. Senarai nama pelajar yang terlibat adalah seperti berikut:-

  1. Mohamad Firdaus Bin Mohd Rosdi
  2. Mohamad Hanafi Bin Adek Awang
  3. Muhamad Fadzlullah Bin Mohd Jaafar
  4. Muhammad Asyraf Bin Mohd Azmi
  5. Muhammad Nabil Bin Mohd Rusli
  6. Umar Zakwan Bin Adnan
  7. Mohammad Zakaria Bin Che Ghani
  8. Muhammad Nabil Bin Rosli

Mereka semua ini bertolak pada pukul 11.00 pagi dari MTAQA dengan van rasmi sekolah yang dipandu oleh Ustaz Afizul Suhaimi selaku guru pengiring. Program ini bertempat di Markaz Dewan Ulama’ (MADU), Machang. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan baik dan lancar. Para pelajar selamat pulang ke perkarangan sekolah pada petang Ahad.

Pihak sekolah berharap dengan pengisian jasmani dan rohani sepanjang mukhayyam ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para pelajar MTAQA. Moga dengan manfaat yang mereka peroleh dapat ditempiaskan pula oleh pelajar – pelajar lain MTAQA yang tidak berpeluang mengikut mukhayyam ini.

 

Sebahagian daripada tentatif program

Tapak perkhemahan

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s