MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 7, 2015


Pada hari Sabtu yang lepas, 13 Jun 2015, satu mesyuarat agung PIBG telah selamat dijalankan. Mesyuarat agung berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Alhamdulillah diucapkan dan beribu terima kasih kepada guru – guru yang terlibat dalam menyiapkan tempat dan memastikan segala gerak kerja sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung.

Terima kasih tak terhingga juga atas keprihatinan para ibu bapa dan penjaga di atas kerjasama dengan kehadiran yang diberikan dan mesyuarat kali ini dikatakan kehadirannya agak ramai jika nak dibandingkan dengan mesyuarat – mesyuarat yang lepas. Mungkin faktor masa memainkan satu peranan yang penting untuk kehadiran para ibu bapa dan penjaga. Terima kasih sekali lagi. Tanpa kehadiran ibu bapa dan penjaga serta ahli jawatankuasa PIBG, mana mungkin mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Mesyuarat PIBG kali ke 7 untuk tahun ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, iaitu Yang Berhormat Ustaz Nik Mohamad Abduh Bin Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Banyak mutiara kata yang dapat dijadikan bekal yang berharga untuk para hadirin yang hadir pada hari tersebut. YB Nik Mohamad Abduh menekankan tentang cabaran dan peranan hufaz iaitu suatu situasi yang dihadapi oleh anak – anak penjaga masa kini. Jutaan terima kasih buat YB atas nasihat dan pesanan yang begitu berharga.

Majlis bermula seawal jam 2 petang lagi dengan kehadiran ibu bapa yang sememangnya datang sambil untuk menghantar anak – anaknya untuk memasuki asrama pada hari tersebut. Ini kerana, Hari Sabtu adalah hari terakhir untuk anak – anak didik MTAQA bercuti penggal setelah 2 minggu yang panjang berlalu. Mesyuarat dimulakan terus setelah majlis perasmian berakhir dimana giliran Pengerusi PIBG mengambil alih mikrofon untuk agenda mesyuarat yang seterusnya.

Pada majlis perasmian mesyuarat PIBG itu juga, dilancarkan tabung kutipan derma untuk arwah Ustaz Nasrudin Saufi yang telah meninggal dunia baru – baru ini dan tabung ini telah selamat diserahkan kepada isteri arwah pada keesokan harinya iaitu hari Ahad ( 14 Jun 2015). Dengan kutipan yang tak seberapa itu, diharapkan dapat meringankan beban isteri arwah Ustaz Nasrudin. Moga – moga Allah memberi ganjaran yang sebaiknya kepada para penderma dan kepada kita semua yang mendoakan kebaikan buat Ustaz Nasrudin.

Sekali lagi terima kasih, terima kasih dan terima kasih kepada yang semua pihak yang terlibat. Semoga mesyuarat agung yang akan datang pada kali ke 8 ini lebih baik dari kali ini dan kehadiran para ibu bapa dan penjaga juga dapat dipertingkatkan dengan peningkatan yang memberangsangkan.

IMG_3743 IMG_3751 IMG_3761 IMG_3776

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s