SUMBANGAN DAN DERMA UNTUK PEMBELIAN TANAH MTAQA


Pihak sekolah nampaknya masih lagi kekurangan dana untuk mengambil alih hak milik tanah untuk dijadikan tanah MTAQA. Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang mulia dan bulan yang penuh dengan ganjaran pahala daripada Allah, pihak sekolah amat mengalu – alukan kepada sesiapa yang ingin berbuat kebajikan yang berkekalan dalam menyumbang dana untuk pembelian tanah ini.

Hasrat sekolah dalam pembelian tanah ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada para pelajar di sini. Umum sedia maklum yang kawasan sekolah adalah amat terhad dan sekiranya tanah ini dapat diambil alih, insyaAllah semua pelajar akan dapat manfaat dan kebaikannya. Bukan sahaja pelajar yang ada sekarang ini dapat merasainya, bahkan ianya dapat dinikmati oleh beberapa lapis generasi bakal hufaz yang mendatang.

Sempena Bulan Ramadhan yang mana bulan yang dilipatkaligandakan pahala amalannya, amatlah digalakkan kepada mana – mana individu atau pun badan – badan persatuan yang berkemampuan dari segi kewangan dalam memperbanyakkan amalan sedekahnya. InsyaAllah, amalan kebaikan ini akan terus dicatit pahalanya oleh malaikat walaupun kita sudah tiada lagi di dunia ini. Inilah yang dinamakan sebagai pelaburan akhirat. Sesuai dengan apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w :

“Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.”

*************************************************************************

Derma dan sumbangan untuk pembelian tanah ini bolehlah disalurkan kepada akaun berikut :

Nama Bank : Bank Islam

No Akaun : 030-270-10037358

Nama Akaun : PIBG MTAQA

**Maklumkan (panggilan dan sms) kepada Ustaz Azri sekiranya ada melakukan transaksi sumbangan untuk semakan dan makluman pihak kami.

Ustaz Muhammad Azri Amin Bin Mustapai (Bendahari Sekolah) : 013-9627763

 **Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hal tanah dan pembangunan sekolah, bolehlah berhubung terus secara langsung dengan Tuan Mudir MTAQA untuk penjelasan dan gambaran yang lebih jelas serta penerangan yang lebih jitu dan padat.

Ustaz Haji Zawawi Bin Zakaria ( Mudir MTAQA) : 013-9926666

beli tanah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s