Tabung Berbuka Puasa MTAQA 1436H


Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, pihak sekolah mengalu – alukan kepada sesiapa yang berkemampuan dan bermurah hati atau pun mana – mana individu dan badan persatuan yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Tabung Berbuka Puasa Maahad Tahfiz Al – Quran Al – Asriah untuk tahun 1436 Hijri / 2015 Masihi.

Sumbangan kepada tabung ini insyaAllah akan sepenuhnya digunakan untuk Majlis Berbuka Puasa (Iftor Jami’e) anak – anak tahfiz di Maahad Tahfiz Al – Quran Al – Asriah. Apa salahnya jika sekali sekala, anak – anak ini dilayan dan disajikan dengan layanan yang istimewa dan juadah yang lebih enak berbanding dengan hari – hari kebiasaan. Pelajar – pelajar tersenyum gembira, insyaAllah para guru dan ustaz juga tersenang bahagia.

Dari Zaid bin Khalid Al – Juhani berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang memberi makan (berbuka) orang yang berpuasa, maka baginya pahala sepertinya (orang berpuasa) tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikit pun.” – Hadis riwayat Tirmizi, 807.

Tradisi ataupun amalan memberi buka orang yang berpuasa ini adalah amalan para alim, para salafusoleh dan ianya adalah antara amalan yang paling dicintai oleh mereka. Ianya begitu mudah tetapi ganjarannya disisi Allah adalah ganjaran yang amat besar sekali. Bayangkan betapa besarnya ganjaran memberi makan untuk berbuka puasa bagi seluruh pelajar MTAQA. Berapa banyakkah pahala orang yang berpuasa dapat disalurkan ke buku amalan kebaikan kita?

Abu As-Suwar Al – Adawi berkata: “Dahulu orang – orang dari Banu ‘Adi menunaikan solat di masjid ini. Tidak ada yang berbuka salah satu diantara mereka terhadap makanan dengan keadaan bersendirian. Kalau ada orang yang makan bersamanya, maka dia akan makan. Kalau tidak ada, maka makanannya dikeluarkan ke masjid dan makan bersama – sama dengan orang lain. Dengan ibadah memberikan makan ini, akan tumbuh banyak ibadah – ibadah yang lain, diantaranya saling sayang menyayang, saling mencintai kepada orang yang memberikan makanan. Hal ini adalah antara sebab kepada seseorang itu untuk memasuki syurga Allah Taala.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w :

“Kamu semua tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan tidak sempurna keimanan kamu semua sehinggalah kamu saling mencintai antara satu sama lain.” – Hadis Riwayat Muslim, 54.

Kepada sesiapa berkemampuan dan yang ingin merebut pahala memberi makan berbuka puasa sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, bolehlah menyumbangkan sumbangan kalian ke akaun berikut. InsyaAllah, ianya suatu kebajikan sepertimana yang diumpamakan oleh Allah Taala dalam Al – Quran.

“Perumpaan orang yang menginfaqkan hartanya pada jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang dikehendaki, Allah maha luas , lagi maha mengetahui.” – (Al – Baqarah : 261)

************************************************************************

Untuk menghulurkan sumbangan berbuka puasa ini, bolehlah hulurkan sumbangan anda melalui akaun bank berikut:-

Tabung Sumbangan Iftor (Berbuka) MTAQA

Nama bank: Bank Islam

No akaun: 03-027-0100-32-620

**Sila maklumkan (panggilan & sms) sumbangan anda kepada bendahari sekolah sekiranya ada melakukan transaksi untuk semakan dan maklumat pihak kami.

– Ustaz Mohamad Azri Amin Bin Mustapai : 013-9627763

DSC_0456

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s