RELAY AL – QURAN RAMADHAN 1436 H


Seperti Ramadhan tahun – tahun lepas, MTAQA nampaknya tetap setia mengikuti program yang dianjurkan di Madinah Ramadhan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu iaitu Program Relay Al – Quran. Pada tahun ini, MTAQA terpilih untuk menyertai Program Relay Al – Quran pada 1 hingga 7 julai 2015 atau pun bermula pada malam 15 Ramadhan sehinggalah pada malam 21 Ramadhan.

Program Relay Al – Quran ini adalah suatu program yang berkonsepkan menghidupkan malam – malam Ramadhan dengan alunan bacaan Al – Quran. Bertempat di Madinah Ramadhan Kota Bharu, para pelajar akan mengalunkan bacaan Al – Quran menggunakan pembesar suara. Setiap pelajar terlebih dahulu dipilih dan disaringkan berdasarkan tahap bacaan Al – Quran untuk mengikuti Program Relay Al – Quran ini.

Malam – malam Ramadhan akan dihidupkan dengan alunan suci ayat – ayat Al – Quran sehinggalah pada pukul 4 pagi yang kemudiannya memberi laluan kepada orang untuk berqiamullail. Tahniah kepada para pelajar yang terpilih untuk mengikuti program ini kerana bacaan mereka cukup baik untuk dialunkan di Madinah Ramadhan. Semoga ianya suatu pengalaman dan kenangan yang menyeronokkan sebagai bekalan selama bergelar pelajar penghafal mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang paling agung.

 

11694767_717409085037636_212826839548696350_n 11696012_718131248298753_1457514600432605992_n

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s