SAMBUTAN HARI RAYA ‘AIDULFITRI PERINGKAT MTAQA 1436H/2015M


Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri pada 12 Syawal ini. Ramadhan sudah pergi berlalu meninggalkan kita. Entah sempat entah tidak untuk kita menyambutnya kunjung tiba pada tahun hadapan. Moga – moga kita semua diberikan kesempatan umur untuk berada dalam bulan Ramadhan lagi di tahun hadapan.

Pada 15 Julai yang lalu, bersamaan dengan Hari Raya ke Enam (6 Syawal 1436H), pihak MTAQA telah berjaya mengadakan satu satu sambutan Hari Raya Aidulfitri di peringkat MTAQA. Semua pelajar telah disarankan awal – awal lagi sebelum cuti raya untuk masing – masing membawa juadah raya. Juadah raya ini akan dikumpulkan sebagai hidangan untuk santapan majlis ini nanti. Ala – ala potluck kalau diikutkan Bahasa Inggerisnya.

Alhamdulillah, majlis pada hari tersebut berjalan dengan meriah dan semuanya berjalan dengan lancar. Biarpun juadah utama pada hari tersebut yang merupakan satay dan nasi himpit lambat sikit sampai, tetapi majlis tetap meriah dan suasana raya masih lagi belum hilang dalam kalangan pelajar serta para murabbi. Para guru dan pelajar diwajibkan untuk memakai pakaian raya supaya aura dan suasana hari raya itu masih lagi wujud biarpun ianya hanya disambut di sekolah.

Pihak sekolah berharap yang program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar serta mengeratkan juga hubungan sesama pelajar itu sendiri. Masih jelas lagi di riak wajah para pelajar yang masih lagi belum puas untuk beraya bersama dengan sanak keluarga di rumah. Tetapi, apakan daya… mereka terpaksa datang pada hari Hari Raya Kelima untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka.

IMG_4327

Juadah dari para pelajar

IMG_4335

Sepatah dua ucapan dari warden yang tengah bersemangat…

IMG_4343

Para pelajar sibuk mengadap santapan juadah raya

IMG_4371

Santapan utama… Satay Fresh..

IMG_4373

Para murabbi sibuk menjamu selera

IMG_4375

Satay dan baju raya

IMG_4381

Khuysuk menjamu selera nampaknya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s