CUTI TAHFIZ & HARI KEMERDEKAAN: 27 – 31 OGOS 2015


Pelajar MTAQA bercuti mulai 27 – 31 Ogos 2015. Cuti tahfiz pada 27, 30 dan cuti Hari Merdeka pada 31 Ogos. Sayu di pandangan mata kelihatan asrama MTAQA yang suram dek kerana sudah ramai penghuninya yang pulang ke rumah masing-masing. Kosong. Tanpa riuh-rendah, tanpa borak bicara . Namun, tidak mengapa kerana ianya hanya seketika.

Sebagai peringatan, para pelajar dikehendaki datang semula ke asrama pada petang Isnin, 31 Ogos 2015. Harapannya supaya ibu bapa prihatin dan cakna untuk memastikan anak-anak tidak lewat sampai ke asrama kerana malam itu ada kelas Al-Quran untuk persediaan anak – anak menghafal dan tasmi’ pagi esoknya.

Selamat bercuti buat anak didik MTAQA. Tunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat di luar sana dan jangan lupa untuk mengulang hafazan Al-Quran. Moga dengan cuti kali ini, anak – anak dapat memanfaatkan masa dengan mencurah bakti dan menabur khidmat yang sebaik mungkin untuk ibu bapa.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan

Kita MTAQA, sehati sejiwa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s