Lahirnya Seorang Lagi Al-Hafiz


Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah Taala kerana MTAQA melahirkan seorang lagi pelajar yang bergelar Al-Hafiz. Pagi semalam,  pelajar Tingkatan 3A Muhammad Firdaus Bin Abdul Satar telah tamat hafazan al-Quran sebanyak 30 juzuk. Tahniah dan juga takziah. Takziah itu kerana adik Firdaus memegang satu amanat yang besar dalam memelihara kalam Allah yang suci ini daripada lupa.

Sesungguhnya, para murabbi di MTAQA telah bertungkus lumus dalam merangka gerak kerja untuk memastikan anak – anak MTAQA yang bergelar Al-Hafiz ini dapat mengekalkan hafalan Al-Quran dengan lancar dan tidak mudah lupa. Sesungguhnya, banyak faktor yang menjadi cubaan untuk insan yang bergelar Al-Hafiz dalam mengekalkan hafalan – hafalan mereka. Faktor yang betul – betul memainkan peranan adalah faktor diri sendiri. Kuatnya azam dan tekad, nescaya semuanya akan mudah dengan izin Allah Taala.

Diharapkan adik Firdaus dan juga semua anak – anak didik MTAQA yang telah bergelar Al-Hafiz dapat menjaga hafalan Al-Quran dengan sebaiknya. Hafalan yang baik, lancar dan bertajwid seolah-olah kosong jika isi, suruhan dan larangan Allah didalamnya tidak diamalkan. Berakhlaklah dengan akhlak Al-Quran kerana itu adalah saranan yang paling besar daripada junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

Buat pelajar – pelajar yang lain, jadikan kejayaan adik Firdaus dalam menghabiskan hafalan Al-Quran sebagai pembakar semangat, penyemarak tekad dalam menyempurnakan impian dan cita – cita ibu bapa untuk melihat anaknya seorang yang hafiz Al – Quran. Sebenarnya, tiada kegembiraan yang selayaknya buat para ibu bapa yang mendaftar anaknya sebagai pelajar MTAQA seawal tingkatan 1 melainkan untuk melihat anaknya bergelar Al-Hafiz dan berakhlak dengan akhlak Al-Quran.

Lain – lain gambar boleh tengok di Facebook page rasmi MTAQA

11896006_739315779513633_8769550908828212402_n

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s