UPDATE SUMBANGAN WAKAF TANAH PIBG


Update terkini untuk sumbangan Wakaf Tanah PIBG adalah seperti berikut:-

10 SEPTEMBER 2015 – RM 31,267.75

Terima kasih kepada yang menyumbang. Moga Allah membalas dengan balasan yang berlipat kali ganda kepada kalian. Moga juga ianya menjadi buah pahala yang ranum dipetik di taman syurga nanti.

Sumbangan masih dialu-alukan kepada yang ingin menyumbang. Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM 250,000.00 untuk membeli dan mewakafkan Lot Tanah 2301 Kampung Padang Merlong, Mukim Lubok Anching, Pasir Mas yang seluas 0.1423 hektar.

Angka RM250,000.00 mungkin nampak besar tetapi ianya tidak mustahil. Jika ada individu ataupun kumpulan yang bermurah hati mahu menghulurkan derma biarpun berapa jumlahnya, bolehlah menyalurkan derma tersebut ke akaun Tabung Pembangunan MTAQA (PIBG) :

Bank Islam : 03027010037358

Untuk melalui cek, cek tersebut mestilah ditulis atas nama “Tabung Pembangunan MTAQA

InsyaAllah, setiap daripada sumbangan adalah suatu pelaburan dan saham yang memberikan pulangan yang berlipat kali ganda di negeri akhirat kelak. Usah risau, kerana tiada istilah rugi jika ianya di jalan Allah Taala kerana janji Allah itu sentiasa benar. Moga-moga ianya bekal kepada kita untuk kita bahagia di negeri yang kekal abadi.

Bagi setiap sumbangan yang dilakukan, bolehlah maklumkan kepada bendahari sekolah untuk rujukan dan kemaskini Ustaz Azri seperti no di bawah. Pihak kami akan update jumlahnya dari masa ke semasa.

Ustaz Azri (Bendahari): 0139627763

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” – (Muslim)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s