KELAS PECUTAN HAFAZAN, CUTI PENGGAL & HARI RAYA AIDILADHA 15 – 28 SEPTEMBER 2015


Separuh pelajar MTAQA akan mula bercuti penggal bagi bulan September bermula hari ini (15/9/2015) sehingga 28/9/2015. Cuti penggal ini agak panjang dan ianya termasuk sekali dengan cuti Hari Raya Aildiladha ataupun lebih dikenali dengan Hari Raya Korban.
.
Manakala, separuh lagi pelajar akan dibenarkan pulang pada Sabtu (19/9/2015) kerana mereka ini diwajibkan untuk mengikuti Kelas Pecutan Hafazan Al-Quran. Ini adalah inisiatif pihak Jawatankuasa Al-Quran MTAQA yang diketuai oleh Ustaz Mohd Azam memandangkan mereka ini sudah agak jauh ketinggalan dalam sukatan tahunan hafazan al-Quran MTAQA. Besar harapan semoga anak didik MTAQA betul-betul ‘memecut’ dalam kelas ini.
.
Bagi pelajar yang pulang bercuti, jangan lupa amanat dan wasiat dari Guru Kanan Al-Quran. Antum semua punya ‘kerja sambilan’ untuk mengulang Al-Quran dan catitkan dalam buku yang telah diedarkan sebelum pulang tadi. Ibu bapa juga jangan lupa untuk memantau proses ‘kerja sambilan’ anak-anak di rumah nanti.
.
Di kesempatan ini, admin mewakili pihak MTAQA mengucapkan selamat bercuti dan Selamat Hari Raya ‘Aidiladha. Moga amalan kita semua diterima oleh Allah s.w.t.

12009827_748654748579736_6531901327321950183_n

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s