KEM GAPAI IMTIYAZ SMTQ 2015


KEM GAPAI IMTIYAZ SMTQ 2015
Tarikh: 06-09 OKTOBER 2015
Tempat: Putera Valley Resort & Training Centre
Jumlah pelajar: 40 orang

Semua pelajar Tingkatan 4 pada pagi Rabu (06 Oktober) telah bertolak ke Putera Valley Resort & Training Centre dengan sebuah bas  yang bertempat di Tanah Merah, Kelantan untuk satu kem sebagai persediaan terakhir pihak sekolah kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan sebenar SMTQ tidak lama lagi.

Kem yang dinamakan dengan Kem Gapai Imtiyaz SMTQ 2015 merupakan kesinambungan kepada kem tahun- tahun lepas dan merupakan satu program tahunan MTAQA untuk calon-calon SMTQ yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Pengisian program ini lebih kepada pendedahan teknik dan kaedah menjawab kertas peperiksaan mengikut format yang terbaru dan juga pendedahan kepada soalan-soalan ramalan SMTQ & SMU.

Kem ini juga bertindak sebagai semi medan tempur untuk latihan latih tubi secara bijak dan sistematik dalam mengoptimumkan saki baki masa yang tersisa sebelum melangkah ke medan tempur yang sebenar.

Hadaf utama kem ini adalah agar anak-anak MTAQA yang akan menduduki kerusi peperiksaan SMTQ nanti dapat menjawab soalan dengan baik, yakin, betul dan tepat untuk menggapai keputusan yang cemerlang dan mumtaz.

Doakan yang terbaik untuk anak-anak MTAQA.

Gambar lain boleh rujuk page fb di pautan berikut… >>>KLIK SINI

12107816_756805164431361_8108351105405521028_n

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s