BORANG PERMOHONAN MASUK KE MTAQA BAGI TINGKATAN 1/2016


Borang permohonan masuk ke tingkatan satu 2016 sekolah-sekolah agama dan tahfiz Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah dibuka sekarang (Oktober 2015).

Borang permohonan kemasukan ke Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah (MTAQA)  boleh didapati di Pejabat Yayasan Islam Kelantan, Nilam Puri atau di Pejabat MTAQA Banggol Chicha, Pasir Mas.

Permohonan dibuka mulai 4 oktober 2015 hingga DUA MINGGU selepas keputusan UPSR diumumkan.

Syarat Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan

Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

1. MAAHAD MUHAMMADI (L)
2. MAAHAD MUHAMMADI (P)
3. MAAHAD TAHFIZ SAINS
4. MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.1  Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 2003 adalah layak memohon masuk Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan.

1.2  Keputusan UPSR 2015 mendapat 5A

1.3  Permohonan boleh dibuat di Maahad berkenaan

1.4  Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Yayasan Islam Kelantan / Maahad Kawalan

1.5  Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan bersama Wang Pos RM5.00 atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan ke Maahad Kawalan.

1.6  Permohonan yang tidak disertakan Wang Pos tidak akan didaftar.

1.7  MAKLUMAN: Permohonan untuk sesi 2016 akan ditutup 2 minggu selepas keputusan UPSR dikeluarkan.

**Hebah-hebahkan maklumat ini untuk info bersama, samada saudara-mara, sahabat, jiran ataupun komuniti sekeliling kita. InsyaAllah bermanfaat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s