TAHNIAH BUAT AL-HAFIZ


Beribu tahniah dan juga takziah kepada pelajar berikut:-

1- Ahmad Farid bin Suhaimi (Tingkatan 3)
2- Mohamad Aziz Zakwan Bin Mohd Rozi (Tingkatan 3)

2 orang pelajar ini telah tamat hafazan 30 juzuk pada pagi semalam (29 Oktober 2015). Moga terus thabat menjaga amanah ini selanjutnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Redha Allah adalah keutamaan.

Tahniah kerana dapat istiqamah dalam menghafal biarpun banyak ranjau dan liku terpaksa yang ditempuhi sepanjang perjalannya dan sekalung takziah kerana amanah yang perlu dipikul untuk menjaga ayat-ayat suci yang telah pun dihafal. Imam Ghazali r.h mengatakan benda yang paling berat di atas dunia adalah amanah.

Sesungguhnya kalian berdua adalah antara orang-orang tertentu yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi ahli-Nya. Sungguh beruntung. Semoga dengan nikmat yang kalian dapat ini, dapat menjadikan diri kalian lebih dekat kepada Allah dan harapannya agar kalian  tidak lupa bakti kepada orang tua yang telah membesarkan kalian dan juga barisan para ustaz dan guru kalian.

Lagi gambar boleh di Page MTAQA di pautan berikut >>> KLIK SINI

12063890_765186860259858_1463290416633908830_n

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s