KUNJUNGAN SYEIKH ABDEL MUHAIMIN KE MTAQA


Ahad, 1 November 2015. Pagi yang mendung lagi lembut menghembus. Pagi ini juga di Masjid MTAQA, taujihat buat para hafiz Al-Quran daripada Syeikh Abdel Muhaimin. Syeikh Muhaimin tiba di Kelantan pada pagi Ahad daripada Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan di Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong. Syeikh berkhidmat lama di MTAQ. Pulai Chondong sebelum  berkhidmat di Darul Quran Jakim sekarang.

Syeikh memberi taujihat dan nasihat buat para hafiz Al-Quran di MTAQA sebagai panduan dalam menghafal dan juga menjaga hafalan Al-Quran. Bukan sekadar menghafaz dan seterusnya dibiarkan sahaja pergi begitu sahaja. Ia ternyata sebuah perkara yang sia-sia. Syeikh memberi taujihatnya dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan oleh PK 1, Ustaz Shaharudin Yacob yang merupakan kawan baik Syeikh.

Antara intipati daripada taujihat Syeikh Abdel Muhaimin:-

1. Cari masa dengan Al-Quran. Al-Quran akan dapat kepada sesiapa yang mengejarnya

2. Teguhkan semangat dan pendirian untuk selalu mencari masa dengan Al-Quran

3. Malaikat sentiasa mendoakan orang-orang bersama Al-Quran iaitu ahli-ahli Allah di dunia

4. Sentiasa merasakan yang para hafiz-Quran adalah insan-insan istimewa yang telah dipilih oleh Allah

5. Allah telah hidayahkan kepada kedua ibu bapa untuk menjadikan anaknya hafiz Al-Quran dengan menghantar ke sekolah dan institusi tahfiz

6. Allah telah memilih (kita) antara adik beradik (kita) untuk menjadi hafiz Al-Quran

7. Allah telah memilih sekolah yang bagus untuk kita dalam tempat untuk menghafal Quran

8. Allah telah menghantar guru yang bersungguh-sungguh untuk membimbing mnghafal Al-Quran

9. Amat rugi, teruk dan buruk orang-orang yang telah dipilih oleh Allah untuk menghafal Al-Quran tetapi mereka menolaknya

10. Akibat ini, mereka yang pernah menghafal akan Al-Quran akan menjadi semakin tidak ingat akan hafazan Al-Qurannya

11. Syukurilah nikmat menghafal Al- Quran nescaya Allah akan tambah dengan ingatan yang lebih kuat dan terjaga dengan lebih baik hafalannya.

12. Syukur orang yang menghafal Al-Quran adalah dengan istiqamah mengulangi hafalannya sebagaimana orang kaya syukur dengan kekayaannya dengan bersedekah

11. Jikalau dapat menghafal 10 juzuk, syukur dan mengulang dgn bersungguh-sungguh 10 juzuk yang kita dapat

12. Murajaah (mengulang) adalah tanda kita bersyukur atas nikmat dipermudahkan oleh Allah untuk menghafal Al-Quran

13. Jikalau kita kufur dan buat tidak endah dengan Al-Quran dengan tidak murajaah, tidak mustahil untuk Allah menarik balik hafazan kita

14. Antara perkara-perkara yang menjaga hafazan kita dari segi luaran (hissiah), dan perlu dibuat tiap-tiap hari:-

         14.1 Menghafallah Al-Quran yang bersamanya ada keberkatan

        14.2 Keberkatan: muliakan ustaz-ustaz, jaga peraturan (disiplin) sekolah.

        14.3 Sesiapa yang tidak memuliakan ustaz tiada keberkatan ilmu padanya.

14.4 Ingatlah yang malaikat akan mencatat setiap perbuatan kita, termasuk perbuatan yang tidak memuliakan ustaz dan bagaimana kita dapat membuat 2 perkara yang berlainan dalam suatu masa (menghafal dan tidak memuliakan ustaz?)

14.5 Patuh dgn setiap suruhan guru dalam setiap perkara yang melibatkan kebaikan dlm menghafal (murajaah/tasmik)

14.6 Antara tanda menghormati guru:- dapat tasmik setiap hari, ikut sukatan

14.7 Hafal bersama keberkatan menyebabkan hafazan kita kekal buat selama-lamanya.

15. Menghafal tanpa keberkatan, akan menyebabkan hafalan Al-Quran akan hilang jua pada suatu hari.

16. 3 perkara yang perlu diambil perhatian semasa menghafal:-

          16.1 Pilih masa yang terbaik utk menghafal

          16.2 Menghafal dgn kaedah dan teknik yang betul

           16.3 Bangun tahajud dan baca di setiap rakaat tahajud apa yang dihafal pada malam tadi.

17. Ulama sains:- Ingatan ada dua iaitu ingatan sementara dan ingatan kekal.

18. Kalau ingatan sementara tidak pindah ke ingatan kekal nescaya akan lupa dengan cepat.

19. Banyakkan mengulang untuk memindahkan ingatan sementara ke ingatan kekal.

20. Ulang hafalan yang baru dihafal (untuk tasmik keesokan hari) 15 minit sebelum tidur dan ulang sehingga tertidur.

– Murajaah –

21. Sentiasa diulang paling kurang 10 hari sekali/ seminggu sekali juzuk yang kita hafal

22. Jangan sampai lebih kepada 10 hari, tak cukup kena qadha.

23. Waktu mengulang yang relevan adalah antara azan dan iqamat dan juga selepas solat

24. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang khusyuk dan antara waktu-waktu yang mustajab doa

25. Semaikan dalam diri dengan merasakan menghafal Al-Quran adalah suatu keperluan

Moga nasihat dan pesanan Syeikh ini disemat dengan betul-betul oleh pelajar MTAQA dan oleh para hafiz yang lain dalam perjalanan hidup untuk menjaga wahyu Allah yang turun kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w untuk sekalian manusia.

12195912_766136450164899_7942723238779176854_n

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s