KUNJUNGAN DARIPADA MAAHAD AL-TARBIYAH AL-ISLAMIAH TAIPING, PERAK


Semalam 3 November 2015, MTAQA dipayungi kebaikan dan dilimpahi berkah kerana menerima rombongan tetamu iaitu kunjungan lawatan daripada pelajar dan guru Maahad Al-Tarbiyah Al-Islamiah Taiping, Perak. Terima kasih diucapkan kerana sudi bertandang ke Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah.

Maahad Al-Tarbiyah Al-Islamiah adalah sebuah sekolah SABK iaitu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan sistem pembelajarannya adalah bukan berasaskan kepada tahfiz. Mungkin dengan kunjungan dan lawatan ini ada sedikit buah pandangan untuk digunakan oleh guru-guru mereka dalam mengadaptasi sistem MTAQA di Maahad Al-Tarbiyah Al-Islamiah. Semoga dengan kunjungan ini dapat membina suatu hubungan antara sekolah dalam bertukar-tukar buah fikiran dan juga idea dalam bidang pendidikan.

Maaf dari pihak MTAQA sekiranya ada kekurangan dan kecacatan dalam memberi layanan memandangkan rombongan ini agak ramai dengan kehadiran 3 buah bas dan mendapat makluman tentang kehadiran rombongan dalam keadaan masa yang agak sempit. Apa-apa pun, pihak MTAQA telah pun mencuba apa daya yang terbaik.

MTAQA sentiasa mengalu-alukan dengan tangan yang terbuka untuk mana-mana badan, pertubuhan atau pun mana-mana sekolah dan institusi pengajian untuk membuat lawatan dan kunjungan ilmiah ke Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah. Biar perbincangan dan perkongsian idea sentiasa segar dan bermaya seiring dengan kemajuan arus.

Lagi gambar boleh rujuk di page rasmi Facebook MTAQA. KLIK SINI

12112393_766906310087913_9088519760795731830_n

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s