KURSUS PEMANTAPAN KAKITANGAN AKADEMIK MTAQ & MTS YIK 2015


Semalam (Ahad) 8 November, Kursus Pemantapan Kakitangan Akademik MTAQ dan MTS YIK bagi tahun 2015 telah berjalan dengan lancar dan jayanya di Hotel Al-Ansor, Kota Bharu. Kursus yang bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang menunjukkan kehadiran para guru yang amat memberangsangkan. Kursus seumpama ini adalah kali pertama dianjurkan dan insyaAllah akan dijadikan acara tahunan dalam memantapkan lagi skill dan kreativiti guru dalam memberi pendidikan kepada para pelajar di sekolah.

Kursus ini telah diisi dengan 2 slot. Untuk slot pertama, panel pembentang adalah Dr  Mohd Zarawi Bin Mat Nor dengan tajuk, Guru Berintegriti Membina Pelajar Cemerlang. Isi dan penyampaian yang cukup mantap daripada Dr Zarawi seakan menjadikan putaran masa berputar dengan amat cepat. Usai slot pertama, para peserta diberi rehat selama 20 minit untuk minum dan kursus diteruskan dengan ucapan perasmian ringkas daripada Ustaz Muslim selaku wakil Pengarah YIK yang tidak dapat hadir.

Slot kedua diteruskan sebaik sahaja habis ucapan perasmian dan slot kedua ini dibentangkan oleh Dr. Nur Azuki Bin Yusuff dengan tajuk, Budaya Kerja Cemerlang. Penyampaian dan persembahan daripada Dr. Nur Azuki tidak kurang hebatnya dengan penyampai slot pertama dan Dr. Nur Azuki berhenti tepat pada 1.15 tengah hari. Harapnya, para guru yang mengikuti kursus ini dapat input yang pelbagai. khususnya bidang pendidikan untuk mempraktikkan dalam suasana pembelajaran di sekolah nanti.

12193884_768808183231059_3060077939117509997_n

Lagi gambar boleh lihat di Page Facebook MTAQA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s