LAWATAN MUHIBBAH KE SABAH


Rombongan Lawatan Muhibbah MTAQA ke Sabah telah selamat tiba di Negeri Cik Siti Wan Kembang dengan selamatnya pada hari Sabtu, 14 November 2015  dan telah memulakan tugas seperti biasa. Lawatan ini bermula pada hari Selasa, 10 November 2015 lagi dengan penerbangan terus daripada lapangan terbang Kota Bharu ke Kota Kinabalu.

Lawatan ini adalah lebih kepada jemputan Encik Amni yang merupakan bapa kepada bekas pelajar MTAQA. Jemputan ini sudah lama dan seingat admin, pada tahun lepas lagi tetapi apa yang dirancang tidak menjadi sehinggalah semuanya berjalan lancar pada tahun ini. Terima kasih kepada pengarah program ini, Ustaz Firdaus.

Lawatan ini dikhususkan kepada para warden dan juga seorang guru kecemerlangan MTAQA. Tempat utama yang ingin dikunjungi dalam lawatan ini adalah Madrasah Raudhah Al-Ulum yang merupakan sebuah sekolah ala-ala pondok yang diasaskan sendiri oleh Encik Amni dan kawan-kawannya dalam usaha menyebarkan dakwah dan melahirkan para hafiz yang mahir dalam bidang agama di bumi Sabah.

Antara pengalaman dan coretan daripada peserta lawatan yang admin ambil sedikit sebanyak untuk dijadikan pedoman dan pengetahuan:-

1. Di kesempatan ini, Admin selaku wakil pihak warden dan MTAQA ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Encik Amni dan isterinya Puan Zanti kerana sudi menyumbangkan penginapan dan pengangkutan sepanjang kunjungan ini ke Sabah (10-14 November).

2. Layanan terbaik daripada Encik Amni dan kawannya, Encik Mazmi yang mesra dengan panggilan Abang Mie juga kami ingin rakamkan jutaan terima kasih. Semoga Allah ganjari kalian dengan ganjaran yang baik.

3. Pengalaman yang dikongsikan oleh Encik Amni dan Encik Mazmi selama berada di Negeri Bawah Bayu lebih daripada 10 tahun cukup bermanfaat dan boleh diambil pedoman dan dikongsi pula dengan orang lain.

4. Pengalaman dan perkongsian mereka tentang latar belakang masyarakat dan penduduk (demografi) di negeri Sabah yang sekarang ini gersang daripada roh dan penghayatan Islam. Jasad Islam itu sudah ada.

5. Perkongsian daripada Encik Amni dan Encik Mazmi memberi gambaran ringkas kepada peserta rombongan yang usaha dakwah perlu dipertingkat dan diperkuatkan lagi kerana masih ramai suku kaum di Sabah yang tertarik dengan Islam tetapi tiada pembimbing dan pncetusnya.

6. Juga Muslim itu sendiri perlu dipimpin dek kurang penghayatan dan aplikasi rukun-rukun Islam kerana mubaligh-mubaligh Kristian tidak pernah alpa dalam agendanya.

7. Medan dakwah di Sabah terbuka luas khususnya di kawasan-kawasan pedalaman dan menjadi cabaran getir buat Muslim di semenanjung dalam menyebarkan dakwah dan berterusan memberi galakan dan pimpinan kepada mualaf-mualaf baru.

8. Madrasah yang diasaskan oleh Encik Amni (Madrasah Raudah Al-Ulum) sendiri mempunyai 1 kuota untuk setiap suku kaum di Sabah. Ini adalah visi bagi melahirkan pendakwah dan mencetus fenomena agama Islam dalam kaumnya sendiri nanti.

** perkongsian diatas adalah apa yang Admin dapat daripada Ustaz Akasyah selaku peserta rombongan.

Gambar di bawah: Sesi santai ilmiah bersama Encik Mazmi dan Encik Amni.

** Ada yang nak tahu coretan terperinci perjalanan peserta rombongan daripada hari pertama hinggalah hari untuk berlepas pulang ke Kota Bharu?

11693917_771385459639998_267812430602421969_n

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s