PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN MTAQA 2015


23 November – 03 Disember 2015

Tarikh di atas merupakan tarikh untuk pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah (MTAQA) menduduki peperiksaan akhir tahun bagi tahun 2015. Semua pelajar diwajibkan menduduki ujian ini kecuali untuk pelajar tingkatan 4 sahaja memandangkan mereka baharu sahaja selesai peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).

Peperiksaan akhir tahun dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori lisan dan bertulis. Bagi, kategori lisan, ujian bermula pada 23 November sehingga 25 November iaitu selama 3 hari. Subjek-subjek yang terlibat dalam ujian lisan adalah subjek Al-Quran, Qiraat Amali, Mutun Tajwid dan Mutun Qiraat. Semua subjek ini adalah subjek yang mempunyai kertas ujian bagi peperiksaan bertulis dan markahnya saling membantu antara satu sama lain.

Pentingnya ujian ini buat para pelajar kerana markah dan keputusan ujian ini akan menentukan di kelas manakah mereka akan berada untuk sesi persekolahan tahun hadapan, 2016. Walaupun MTAQA hanya mempunyai 2 kelas sahaja untuk setiap tingkatan, tetapi ia mungkin memainkan peranan dan menjadi pembakar semangat kepada para pelajar untuk membuktikan siapakah yang layak untuk berada di kelas A.

Pertempuran antara kelas A dan kelas B. B tidak bermakna mereka tidak bagus dan tidak pandai, tetapi B mungkin kelas para pelajar yang tidak lagi bersungguh dan tiada semangat lagi untuk bertempur berbanding dengan kelas A. Mungkin angan-angan masih lagi tidak tercapai destinasinya dalam mimpi-mimpi yang indah. Mengambil langkah perhati dahulu, bertindak kemudian.

Doakan para pelajar MTAQA supaya dapat fokus dan bersungguh-sungguh dalam menjawab peperiksaan. Semoga ujian ini sebagai pembakar semangat untuk belajar dan menghafal serta memahami pelajaran yang disertakan di dalam silibus masing-masing. MTAQA mahu melahirkan para huffaz yang bukan sahaja bagus dari segi hafalan Al-Quran, tetapi ingin juga melahirkan seorang huffaz yang serba boleh dan prolifik dalam semua bidang.

Doakan mereka!!

“Adakah kamu sangka yang kamu benar-benar orang yang beriman sebelum kamu ditimpa dengan ujian?”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s