JAMUAN KESYUKURAN KHATAM HAFAZAN AL-QURAN


Semalam (Khamis, 3 Disember 2015), ibu bapa kepada pelajar yang bernama Mohd Lokman dari tingkatan 3 menyumbang satu jamuan makan tengah hari untuk para guru dan staf MTAQA. Jamuan bermula pada pukul 12.30 tengah hari dan menu utama adalah nasi minyak dan kari daging. Cuaca yang mendung dan hujan renyai-renyai menambah lagi perasaan dan emosi ketika menyantap makanan yang terhidang.

Jamuan makan ini lebih kepada jamuan kesyukuran disebabkan adik Mohd Lokman ini baru sahaja tamat hafazan Al-Quran 30 Juzu’. Mungkin jamuan ini sebagai tanda merai jasa dan usaha para guru dan ustaz yang bertungkus lumus dalam mendidik dan membimbing anaknya di sini. Apa-apa pun, pihak MTAQA mengucapkan berbanyak terima kasih. Terima kasih daun keladi pun boleh. Hehe.

Pada minggu lepas, ibu bapa kepada pelajar tingkatan 3 juga ada membuat jamuan kesyukuran khatamnya anak kesayangan mereka dalam hafazan Al-Quran 30 juzu’. Minggu lepas, juadah yang dihidangkan lebih kepada kuih-muih yang pelbagai aneka bentuk dan jenisnya. Ibu bapa kepada adik Muhd Harris yang juga sama kelas dengan adik Mohd Lokman iaitu kelas tingkatan 3A. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan terima kasih banyak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s