JAMUAN AKHIR TAHUN PARA GURU DAN STAF MTAQA 2015


Pada Rabu yang lepas, majlis jamuan akhir tahun untuk para guru dan staf Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Banggol Chicha (MTAQA) telah berjaya diadakan dengan jaya dan meriahnya. Majlis jamuan yang separa formal ini telah diadakan di Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah. Walaupun kehadiran para guru dan staf MTAQA tidak seratus peratus disebabkan ada yang terlibat dengan urusan peribadi dan sebagainya, namun majlis ini tetap berseri dengan kehadiran para guru dan staf MTAQA yang lain.

Majlis dirancang  bermula pada pukul 11.45 pagi dan dalam pukul 12.00 tengah hari, semua guru dan kakitangan telah selamat tiba di restoran ini. Hanya 3 meja yang ditempah dan untuk satu meja adalah dengan 8 orang. Rezekinya, tidak sangka yang  ketiga-tiga meja itu memang cukup dengan tepat dan sempurna sekali dengan kehadiran para guru dan kakitangan. Tahniah kepada perancang majlis yang telah meninjau terlebih dahulu jumlah guru dan kakitangan yang dapat hadir.

Majlis ini bermula dengan menyantap makanan yang dihidangkan terlebih dahulu. Menu ikan stim masak nyonya, daging blackpepper, ayam goreng lemon, udang mentega dan juga sayur goreng. Sungguh berselera dan penuh sopan menjamah makanan. Nampak sahaja meja licin dan para guru bersandar kepuasan disebabkan lazat dan enaknya hidangan, Ustaz Nasuruddin selaku pengerusi tetap MTAQA tampil ke hadapan untuk mempengerusikan majlis yang serba ringkas ini.

Tuan Pengetua, Ustaz Haji Zawawi Bin Zakaria memberi sepatah dua ucapan ringkas tetapi padat. Amanat dan pesanan supaya guru sentiasa bekerjasama dan bersatu-padu dalam membina generasi para Al-Huffaz di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah. Tuan pengetua juga menyampaikan ucapan terima kasih atas usaha dan penat lelah para guru dan kakitangan dalam melincin dan menjayakan agenda-agenda yang dirancang sepanjang tahun 2015.

Harapannya, Ustaz Zawawi berharap para guru dan kakitangan dapat mengekalkan prestasi dan juga meningkatkan momentum kerjasama bagi menjayakan agenda-agenda dan juga program-program yang bakal dilaksanakan untuk tahun 2016. Semuanya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menggapai misi dan juga misi Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah. Selama berdiri sejak tahun 2006, pelbagai pencapaian telah dicapai dan dengan itu Tuan Pengetua mengakhiri ucapan dengan ucapan tahniah dan terima kasih sekali lagi.

Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Hafisze Idrus dan para guru dan kakitangan bersurai. Walaupun majlis makan ini serba ringkas, ianya sedikit sebanyak dapat menunjukkan kesungguhan pihak pentadbiran dalam meraikan para guru dan kakitangan yang bertungkus-lumus sepanjang tahun untuk menjayakan pelbagai agenda yang dirancang. Semoga tahun 2016 nanti, MTAQA akan terus unggul di persada sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan khasnya.

Untuk lain-lain gambar, boleh rujuk Facebook Page Rasmi MTAQA di link berikut >> KLIK SINI

IMG_7138 IMG_7155 IMG_7162 IMG_7172 IMG_7184

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s