PERATURAN NAIK KELAS BAGI SEMUA PELAJAR


Peraturan ini sudah lama wujud dan sentiasa diwar-warkan kepada para pelajar tetapi mungkin masih ada yang tidak ambil cakna.

Peraturan ini lebih kepada untuk menjaga proses pembelajaran para pelajar supaya dapat mengikut capaian dan target yang ditetapkan dan dapat mengikut pembelajaran bersama rakan-rakan sekelasnya tanpa tertinggal jauh ke belakang.

A. Tingkatan Satu ke Tingkatan Dua

Pelajar mesti memenuhi DUA daripada tiga syarat berikut:-

1. Mencapai 75% hafazan Tahun Satu (6 juzu’ termasuk juzu’ 30) iaitu pada muka surat 71).
2. Lulus matapelajaran Al-Quran dalam Peperiksaan Akhir Tahun.
3. Lulus Peperiksaan Akhir Tahun.

B. Tingkatan Dua ke Tingkatan Tiga

Pelajar mesti memenuhi DUA daripada tiga syarat berikut:-

1. Tamat 100% hafazan Tahun Satu dan telah mencapai 75% (6 juzu’) sukatan Tahun Dua (Akhir juzu’ 11 atau muka surat 221).
2. Lulus matapelajaran Al-Quran dalam Peperiksaan Akhir Tahun.
3. Lulus Peperiksaan Akhir Tahun.

C. Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat

Pelajar mesti memenuhi DUA daripada tiga syarat berikut:-

1. Tamat 100% hafazan Tahun Satu dan Dua serta telah mencapai 75% (6 juzu’) sukatan Tahun Tiga (Akhir juzu’ 19 atau muka surat 381).
2. Lulus matapelajaran Al-Quran dalam Peperiksaan Akhir Tahun.
3. Lulus Peperiksaan Akhir Tahun.

D. Tingkatan Empat ke Tingkatan Lima (terpakai untuk ke MTAQ Pulai Chondong)

Pelajar mesti memenuhi DUA daripada tiga syarat berikut:-

1. Tamat 100% hafazan Tahun Satu, Dua dan Tiga serta telah mencapai 75% (6 juzu’) sukatan Tahun Empat (Akhir juzu’ 27 atau muka surat 541).
2. Lulus matapelajaran Al-Quran dalam Peperiksaan SMU/SMTQ.
3. Lulus Peperiksaan SMU/SMTQ.

Saban tahun, pihak sekolah (para guru) sentiasa mengingatkan para pelajar tentang perkara ini supaya pelajar sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjaga hafalan serta mengejar sukatan hafazan mereka di samping dapat mengekalkan kecemerlangan akademik dalam peperiksaan.

Tetapi, dukacitanya masih ada pelajar yang terpaksa dikenakan syarat ini untuk kenaikan kelas bagi tahun 2016.

Berikut adalah senarai nama yang terpaksa dikekalkan di tingkatan yang sama seperti Tahun 2015 dan kemungkinan ada dalam senarai nama tersebut, sebahagian pelajar yang pihak sekolah terpaksa mengambil keputusan untuk memindah ke sekolah lain.

**Untuk pertanyaan dan maklumat lebih lanjut dan lebih jelas, boleh hubungi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid MTAQA, Cikgu Zailani di talian 012-9533247

Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s