MTAQA LULUS 100% SMTQ/SMU


Alhamdulillah, tahun ini (2015), Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Banggol Chicha (MTAQA) sekali lagi melakar sejarah dan mencipta rekod dengan keputusan peperiksaan SMTQ/SMU yang digapai baru-baru ini. Keputusan yang dicapai adalah suatu keputusan yang boleh dibanggakan dan boleh dicanang-canangkan kepada para pelajar dan juga bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah.

MTAQA mengungguli pencapaian dengan berada di antara 5 buah sekolah terbaik sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan lulus 100% dalam semua mata pelajaran. Dengan keputusan ini, MTAQA masih lagi mengekalkan keputusan bersih dengan lulus 100% mata pelajaran bagi setiap tahun.

Jutaan tahniah diucapkan kepada semua murabbi yang bertungkus lumus mengajar, mencurah ilmu dengan dedikasi dan dengan pelbagai strategi rahsia untuk resipi kejayaan anak-anak didik MTAQA yang menduduki peperiksaan SMTQ/SMU tahun ini. Sesungguhnya, kegembiraan ini tidak boleh digambarkan selain tersenyum lebar melihat anak-anak MTAQA meraih kejayaan.

Jutaan tahniah juga diucapkan kepada para pelajar yang sentiasa berusaha, sentiasa tekun, dan sentiasa sabar  dalam usaha untuk menggapai kejayaan yang manis ini. Apa yang penting sekali adalah, semangat dan keinginan yang berkobar untuk berjaya sentiasa ditunjukkan oleh para pelajar demi kejayaan yang dirai pada hari ini. Adat belajar, ada masa dan ketika pelajar dimarahi, pelajar didenda tapi semua itu menjadi suatu azimat untuk sebuah kejayaan pada hari ini.

Istimewanya MTAQA, dengan calon yang menduduki peperiksaan seramai 40 orang, seramai 18 orang mendapat pangkat Mumtaz (sangat cemerlang) dan bakinya seramai 22 orang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (cemerlang). Langsung tiada pangkat Jayyid dan yang lebih rendah daripadanya. Ini adalah istimewanya MTAQA berbanding dengan sekolah-sekolah YIK yang lain.

Seramai 5 orang telah terpilih sebagai pelajar terbaik SMTQ/SMU peringkat Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Banggol Chicha:-

  1. AHMAD ZAKWAN BIN AHMAD MUSTAPHA
  2. MOHAMAD IZRAN AIMAN BIN YUSOF
  3. MUHAMMAD NABIL BIN MOHD RUSLI
  4. NIK MOHAMAD FAZRUL HAKIMI BIN NIK ISMAIL
  5. MUHAMAD FADZLULLAH BIN MOHD JAAFAR

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada Tuan Pengetua, Ustaz Hj Zawawi Zakaria, Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Shaharudin Yaacob, Penolong Kanan HEM, Cikgu Zailani Mohd Yunus, Setiausaha Kurikulum dan Kecemerlangan, Ustaz Nasuruddin Ismail dan semua tenaga pengajar Tingkatan 4 / 2015 khususnya dan juga kepada semua murabbi MTAQA atas kejayaan yang dirangkul. Ini semua akan terpahat kemas di memori MTAQA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s