MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2016


Isnin, 4 Januari 2016 adalah satu lembaran dan sejarah baru Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah (MTAQA) dengan pendaftaran pelajar baru tingkatan satu untuk sesi 2016. Ini kerana, tingkatan satu untuk tahun 2016 adalah generasi yang ke-sebelas MTAQA sejak penubuhannya. Anak bongsu bagi tahun 2016.

MAAF

Sekitar hari pendaftaran, pihak pendaftaran MTAQA memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh ibu bapa buat seketika cuma untuk mengisi borang pendaftaran secara talian seperti yang diwar-warkan di facebook dan juga laman web MTAQA.

Ramai ibu bapa yang mengalami masalah yang sama, iaitu data yang diisi sebelum hari pendaftaran tidak dapat disimpan, dan apabila disiasat, ianya ada sedikit  ‘glitch‘ di pihak penyedia servis ini. Pihak MTAQA memohon maaf atas kesulitan ini dan pendaftaran secara online ini telah ditukar secara manual sepenuhnya ketika hari pendaftaran dan mungkin ini sebagai pengalaman baru buat MTAQA dalam mencuba cara baru untuk pendaftaran pelajar.

PENDAFTARAN

Pendaftaran semalam sangat boleh dikatakan sangat mengujakan dengan jumlah pelajar yang berdaftar adalah seramai 59 orang dan di luar sana masih ada lagi sejumlah pelajar yang ingin berdaftar tetapi tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi dengan kehadiran ibu bapa bersama dengan anakanda kesayangan mereka. Ada yang datang beramai-ramai dengan semua ahli keluarganya, ada yang datang dengan ibu sahaja sebab ayahnya berkerja, ada juga yang datuknya turut hadir sama untuk menatap cucu kesayangannya yang akan tinggal di asrama selepas ini. Apa yang ketaranya adalah, hari pendaftaran nampak begitu ceria dengan kehadiran tetamu-tetamu yang akan meninggakan putera-putera kesayangan mereka di MTAQA. Putera yang bakal menggegarkan dunia. InsyaAllah.

TAKLIMAT

Pukul 10 pagi, majlis taklimat bermula dengan ucapan alu-aluan dan selamat datang Tuan Pengetua, Ustaz Haji Zawawi Zakaria dan seterusnya taklimat ringkas mengenai kurikulum tahfiz MTAQA kepada para ibu bapa dan juga pelajar oleh Ustaz Mohd Azam Ab Wahab selaku Guru Kanan Al-Quran serta sedikit tambahan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Shaharudin Yaacob. Kemudiannya diteruskan dengan taklimat Hal Ehwal Murid (HEM) atau pun disiplin oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu Mohd Zailani Mohd Yunus sebelum berakhir dengan taklimat asrama oleh Ketua Warden MTAQA, Ustaz Mohamad Hamdi Ramli dan juga mengenai yuran oleh Ustaz Azri Amin.

Selesainya sesi taklimat, para ibu bapa dan pelajar-pelajar baru ini diberi santapan makanan tengah hari. Selepas itu, para pelajar baru ini di bawa ke bilik baru di asrama MTAQA  yang bakal menjadi penempatan mereka untuk sepanjang tahun ini. Barang-barang yang dibawa semuanya diangkut dan ada sebahagian anakanda-anakanda MTAQA yang lama turut sama membantu.

BERSURAI

Para ibu bapa bersurai dan ada beberapa babak sesi linangan air mata yang dijangka secara tidak rasmi terjadi seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Tapi tidak mengapa kerana itu adalah normal dan fitrah yang ada dalam diri. Perpisahan dan kesedihan tidak dapat dipisahkan dan usah risau kerana perpisahan ini adalah sementara sahaja disebabkan mereka ini belum lagi kenal mengenal antara pelajar-pelajar baru.

Seterusnya, sehingga hari Khamis ini, anak-anak bongsu MTAQA ini akan mengikuti Minggu Mahabbah Tingkatan 1 atau dikenali dengan MIMT1 untuk proses suai kenal dan menyesuaikan diri dengan suasana di MTAQA. Doakan anak-anak ini adalah anak-anak yang akan memberi sumbangan yang terbaik untuk Islam.

Lagi gambar boleh tengok di facebook MTAQA dengan klik SINI.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s