MAJLIS MAHABBATUR RASUL SAW & PENUTUP MIMT1


Semalam, 7 Januari 2016 (Khamis), Badan Dakwah dan Kepimpinan yang sekarang ini di bawah kendalian Ustaz Azri Amin telah berjaya menjalankan suatu majlis yang dinamakan dengan Mahabbatur Rasul s.a.w sempena bulan kelahiran Nabi kesayangan kita semua iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Majlis yang bermula seawal jam 9 pagi dimulai dengan kupasan kitab Syamail Muhammadiah oleh Ustaz Hafisze Idrus. Suatu kitab yang bagus dan sememangnya suatu kitab yang sudah sedia maklum yang menceritakan keseluruhannya tentang peribadi dan sahsiah Nabi Muhammad s.a.w. Kupasan kitab ini adalah untuk menambahkan lagi rasa cinta dan rasa rindu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tak kenal maka tidak cinta. Bila kenal, bila cinta, terbitlah ianya satu rasa rindu.

Habis sahaja kupasan kitab, majlis Mahabbatur Rasul ditangguh sebentar dan majlis penutup Minggu Mahabbah Tingkatan 1 (MIMT1) dimulakan. Majlis penutup dimulakan dengan tayangan video yang mengimbau kenangan dan memori MTAQA oleh abang-abang fasilitator yang sepanjang minggu mengendalikan minggu mahabbah ini.

Selepas itu, majlis penutup ini diserikan dengan persembahan oleh adik-adik tingkatan 1. Sambil-sambil membuat persembahan, sambil-sambil mencungkil bakat-bakat yang ada untuk diasah dan digilapkan. Persembahan ini ada yang berbentuk nasyid dan ada juga yang berbentuk lakonan berdasarkan tema yang telah ditetapkan oleh abang-abang fasilitator.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan cenderahati dan di sini, pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang-abang fasilitator yang juga merupakan bekas pelajar MTAQA yang sanggup meluangkan masa dan ruang untuk menjadi fasilitator kepada Minggu Mahabbah Tingkatan 1 ini. InsyAllah, ada ganjaran yang lebih besar daripada Allah.

Usainya majlis penutup, majlis Mahabbatur Rasul s.a.w mengambil alih kembali dengan menjadi majlis penutup kepada dua majlis yang dijalankan serentak ini. Majlis ditutup dengan alunan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w oleh para pelajar dan juga guru. Para guru dan pelajar kemudiannya disajikan dengan jamuan laksa dan laksam sebagai penanda berakhirnya majlis. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan baik sekali.

12494288_10205852398048851_909839024_o 12494376_10205852399328883_62274667_o 12498540_10205852397688842_1351950417_n 12499192_10205852401448936_1690742186_o 12506485_10205852400168904_1465629969_n 12509998_10205852400408910_1187463858_o 12510613_10205852398488862_1607801779_o 12511075_10205852399008875_528603693_o 12511089_10205852398328858_376613604_o 12528228_10205852401008925_451981820_o

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s