MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ZAILANI


Semalam (19 Januari) telah selamat diadakan satu majlis yang ringkas tetapi penuh dengan makna. Unit Majlis Khas telah berjaya menjalankan satu majlis sempena perpisahan bekas PK Hem MTAQA, Cikgu Mohd Zailani Bin Yunos yang sekarang jawatan ini disandang oleh Cikgu Wan Rahim yang merupakan Guru Kaunseling MTAQA sebelum ini.

Majlis bermula seawal jam 11.15 pagi dengan berkumpul dulu semua murid di ruang utama masjid MTAQA menunggu kehadiran guru-guru MTAQA memenuhi ruang hadapan dan juga tidak ketinggalan menunggu tetamu yang dirai iaitu Cikgu Zailani.

Majlis ringkas ini dipengerusikan oleh adik Asyrafil, Ketua Badan Asrama MTAQA 2016 dan majlis ini dibuka dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran daripada adik Ammar Mursyid daripada Tingkatan 2. Alunan ayat-ayat suci yang tinggi rendah nadanya menjadikan para hadirin majlis ini senyap seketika untuk menghormati kalam-kalam Allah ini dibacakan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar iaitu Ketua Pelajar MTAQA tahun 2016, adik Azib Muhaimin daripada Tingkatan 4 yang mewakili semua pelajar MTAQA. Isi yang ringkas dan padat melahirkan rasa terima kasih para pelajar kepada Cikgu Zailani atas bukti, budi dan kebaikan yang dicurahkan.

Selepas itu, majlis diteruskan pula dengan ucapan wakil guru yang diwakili oleh Ustaz Ku Mohd Idham. Ucapan yang boleh dikirakan terlampau tinggi aras ayat dan penguraiannya. Ucapan Ustaz Ku berkisar tentang ‘leader and management’ dalam pendidikan  yang ada pada sosok tubuh Cikgu Zailani. Cikgu Zailani bukan sahaja mampu menjadi seorang manager tetapi ciri-ciri leader juga ada padanya semasa memegang jawatan PK Hem.

Ucapan yang padat dan penuh makna walaupun ringkas dan sebentar. Ucapan pengetua sekolah, iaitu Ustaz Zawawi menyusul pula selepas itu. Tuan mudir bercerita bagaimana kisah rapatnya dia dengan Cikgu Zailani dan telah banyak kejayaan dan kenangan manis yang dilakar bersama sepanjang 5 tahun Cikgu Zailani berkhidmat di sekolah ini.

Ucapan Cikgu Zailani adalah ucapan kemuncak ketika majlis perpisahan ini.
Selang seketika, di tengah ucapannya, cikgu berhenti seketika, menahan sebak dan sedih. 
Pilu dihati kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak tahfiz dan juga para murabbi MTAQA.

Bergenang juga air mata cikgu. Berkaca jernih dibalik cermin mata cikgu. Bukan cikgu seorang yang bersedih, kami juga turut merasai kesedihan ini.

Antara intipati nasihat dan pesanan dalam ucapan perpisahan Cikgu Zailani:-

– Cikgu melahirkan rasa syukur kerana sempat dipertemukan dengan pelajar-pelajar tahfiz yang punyai Al-Quran di dalam dada.

– Cikgu juga berasa bangga kerana dapat menabur bakti dan mencurahkan pengalaman dan bakti pada MTAQA. Semoga ianya menjadi saham akhirat cikgu.

– Sesungguhnya cikgu amat menghargai dan berbangga kerana berada di Maahad Tahfiz (alasriah)

– Amanat buat para pelajar, usahlah dipengaruhi dengan anasir-anasir luar yang menyebabkan para pelajar terdetik untuk melangkah keluar dari MTAQA.

– Istiqamah dan kekallah wahai para pelajar sekalin untuk terus berada di MTAQA sehingga ke akhir pengajian.

– Juga, jangan pernah rasa tidak selesa atas teguran dan hukuman (rotan) yang diterima daripada guru-guru.

– Kita mendapat teguran itu hanya kerana orang yang ditegur itu punyai suatu nilai yang sangat tinggi dalam diri dan kehidupannya di sisi guru.

– Pelajar perlu faham yang guru meletakkan nilai yang amat tinggi dalam setiap diri pelajar. Sebab itu mereka tegur dan hukum kita supaya kita merasa yang diri kita sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi.

– Jangan simpan dendam pada guru yang mendenda kita kerana guru sudah meletakkan nilai yang besar pada diri kita.

– Kalau guru tidak hiraukan kita, adakah kita rasa bangga? Mana nilai kita? Tidak kecewakah kita ketika itu? Kita sudah tiada nilai di sisi kita. Jadi, terimalah nasihat guru dengan hati yang lapang dan terbuka.

– Bila diri itu ada nilai yang tinggi, ianya seperti benih yang baik, campak sahaja di mana, pasti akan mendatangkan manfaat.

– Cikgu merakamkan ucapan khusus kepada Ustaz Zawawi (mudir) yang mana pada diri cikgu, Ustaz Zawawi adalah antara pengetua yang paling tinggi cikgu ‘respect’. Itu adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman cikgu di sekolah-sekolah sebelum ini.

– Cikgu juga merakamkan ucapan terima kasih dan bangga kerana dapat bersama dengan guru-guru MTAQA, yang ikhlas dan prihatin dalam mendidik anak-anak pelajar.

– Buat para pelajar, jangan mencari kesempurnaan dalam mencari org yang mendidik kita. Nescaya tidak akan ditemui.

– Apa yang buruk daripada cikgu, jadikan sempadan dan juga pedoman.

Majlis ditutupkan dengan doa dan tasbih kafarah. Kemudianyan, ada sedikit sesi bergambar bersama para guru dan juga majlis kepimpinan pelajar. Selepas itu, para guru dijemput untuk menjamu selera bersama-sama dengan Cikgu Zailani di kantin sekolah.

Kami di MTAQA, mengucapkan selamat maju jaya kepada cikgu. Setiap pertemuan itu sudah semestinya akan bertemu dengan perpisahan. Lambat atau cepat hanya pada kitaran masa.

Semoga cikgu berjaya di tempat yang baru.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah kita berjumpa lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s