Majlis Watikah Perlantikan Saf Kepimpinan Pelajar MTAQA 2016


Hari ini telah sempurnanya Majlis Perlantikan Watikah kepada saf kepimpinan pelajar MTAQA bagi sesi 2016. Majlis yang serba ringkas ini diadakan di tapak perhimpunan utama bermula seawal jam 7.30 pagi lagi.

Mengikut tentatif perjalanan majlisnya, semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan dan diwajibkan untuk berada bersama-sama mereka naskhah Al-Quran untuk mengulang sambil menunggu ketibaan tetamu jemputan daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Hampir jam 8.00 pagi, tetamu kehormat daripada YIK tiba dan kali ini, YIK menghantar Ustaz Muhammad Bin Idris selaku wakil merangkap Penyelia Hal Ehwal Murid (HEM)  untuk menyempurnakan perlantikan watikah ini. Suatu rasa kebanggaan dan terima kasih terbit kerana Ustaz Muhammad sanggup meluangkan masa untuk bersama dengan warga Asriah di pagi yang damai ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Al-Fatihah dan seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada adik Abdul Rahim Bin Mohd Adam daripada Tingkatan 4 untuk mengalunkan bacaan qiraat mengikut bacaan Imam Warsh melalui jalan Imam As-Syatibi. Bacaannya sungguh merdu dan mempersonakan para hadirin yang berada di majlis itu.

Seterusnya, pengerusi menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua, Haji Zawawi Bin Zakaria untuk memberi sepatah dua ucapan pembukaan. Tuan Pengetua menyentuh mengenai disiplin pelajar. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang berdisiplin daripada semua sudut. Baik dari sudut masanya, dari sudut pembelajarannya, baik dari sudut akhlaknya. Pelajar yang berdisiplin, insyaAllah akan menjadi pelajar yang berjaya dan juga cemerlang di dunia dan akhirat.

Tuan Pengetua juga menyentuh suatu berita yang baru terjadi semalamnya mengenai kemalangan maut yang melibatkan anak kakitangan YIK di Jordan. Takziah diucapkan dan satu peringatan daripada Tuan Pengetua yang mati ini tidak mengenal usia, ketika dan juga tempat. Tidak semestinya yang tua itu akan pergi dahulu, dan tidak semestinya yang muda itu akan sampai akhir usianya di usia yang tua.

Seterusnya, Tuan Pengerusi Majlis, menjemput Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Bin Idris untuk menyampaikan ucapannya. Awalnya Ustaz Muhammad melahirkan rasa terharu dan juga bangga kerana dapat menjejakkan kaki di perkarangan MTAQ Asriah pada pagi ini. Ustaz Muhammad seringkali menyebut yang MTAQA lebih mudah disebut pada bibirnya dengan nama singkatan MTAQ ABC iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Banggol Chicha.

Ucapan Ustaz Muhammad lebih banyak menekankan mengenai amanah yang perlu dipikul oleh pelajar dan juga amanah yang perlu dipikul oleh saf kepimpinan pelajar khasnya. Ustaz Muhammad memetik beberapa potong ayat Al-Quran yang mengisahkan tentang Nabi Adam a.s yang diciptakan oleh Allah adalah untuk menjadikan seorang khalifah di muka bumi yang mana menjadi seorang khalifah itu adalah suatu amanah berat yang perlu ditanggung.

Selesai sahaja ucapan Ustaz Muhammad, kemuncak majlis ini adalah penyampaian sijil selaku watikah perlantikan kepada para saf kepimpinan pelajar bagi sesi 2016. Para saf kepimpinan menampilkan uniform yang berlainan daripada kebanyakan pelajar dengan mengenakan jubah yang berwarna hijau muda. Penyampaian sijil watikah ini disempurnkan oleh Ustaz Muhammad Bin Idris dengan diiringi oleh Tuan Pengetua, Ustaz Haji Zawawi Bin Zakaria.

Sebaik sahaja selesai, majlis diteruskan lagi dengan akur janji atau pun ikrar yang dilafazkan oleh Ketua Pelajar, Azib Muhaimin dan diikut oleh semua pelajar lafaz ikrar tersebut. Majlis hari ini berakhir dengan penutupan majlis dengan tasbih kaffarah oleh Tuan Pengerusi Majlis, Ustaz Azri Amin dan seterusnya tetamu kehormat dan para guru menjamu selera sebagai tanda berlabuhnya tirai majlis pada hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s