USRAH MTAQA V 1.0


Badan Dakwah dan Kepimpinan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah (BADAR) telah berjaya menganjurkan satu program yang dinamakan Program Usrah pada Isnin yang lepas bersamaan dengan 1 Februari 2016. Program ini jaraknya tidak lama dengan Majlis Perasmian Usrah peringkat sekolah oleh Pegawai Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang datang menyampaikan watikah perlantikan kepada saf kepimpinan pelajar MTAQA pada Januari yang lepas.

Syabas diucapkan kepada BADAR MTAQA yang dipimpin oleh Ustaz Azri Amin kerana menghidupkan kembali nafas usrah sejak ia diasaskan oleh Hassan Al-Banna pada suatu ketika dahulu. Roh usrah ditiup kembali ke dalam diri pelajar-pelajar MTAQA bagi menghidupkan suasana yang dapat membenihkan putik-putik cinta kepada Islam.

Mengikut perancangan BADAR, program tarbiah ini akan berterusan sepanjang tahun yang mana ianya akan diadakan sekali bagi setiap 2 minggu. Ianya melibatkan para guru dan juga semua pelajar dan bermula pada jam 1.30 petang (usai Solat Zohor berjemaah) sehingga jam 2.30 petang. Jadual lengkap sudah pun diedarkan kepada semua guru dan juga ditampal untuk notis kepada para pelajar.

Usrah yang dianjurkan oleh BADAR ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama adalah usrah pelajar tingkatan 1 dan 2. Usrah ini akan dipimpin oleh barisan kepimpinan pelajar yang telah dilantik oleh Ustaz Azri. Manakala untuk pelajar  tingkatan 3 dan 4, kumpulan usrah ini akan dipimpin oleh para ustaz dan guru. Bahagian usrah yang ketiga adalah usrah saf kepimpinan pelajar dan usrah ini akan dipimpin sendiri oleh Ustaz Azri Amin.

Setiap ahli kumpulan usrah ini majoritinya terdiri daripada 10-11 orang ahli dan usrah yang dinamakan versi 1.0 yang dilancarkan pada Isnin yang lepas menunjukkan satu reaksi yang positif para guru dan juga pelajar. Pelajar dan guru memberikan kerjasama yang sebaiknya dalam menjayakan agenda usrah seperti mana yang dilampirkan kepada setiap ahli kumpulan usrah.

Menerusi program usrah ini, sedikit sebanyak ianya dapat mengeratkan silaturahim sesama guru dan juga pelajar di samping dapat merendangkan lagi suasana pelajar yang mencintakan ilmu pengetahuan. Semoga program tarbiah seumpama ini yang dianjurkan oleh pihak BADAR atau pun mana-mana unit di MTAQA dapat meningkatkan lagi syaksiah, akhlak dan intelektual anak-anak tahfiz MTAQA. MTAQA ke arah melahirkan generasi para khalifah, insyaAllah.

Seperti yang terdapat di Page Rasmi MTAQA KLIK SINI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s