PESKO MTAQA 2016


Rabu lepas, 24 Februari 2016, warga MTAQA telah menyambut Pesta Kokurikulum Sekolah (PESKO) atau dengan nama lainnya adalah Hari Sukan Sekolah. Pesko MTAQA berjalan pada hari Ahad lagi iaitu pada 21 Februari 2016 dan hari terakhir atau hari kemuncaknya adalah pada hari Rabu bersama dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Alhamdulillah, PESKO 2016 berakhir dengan baik dan para pelajar nampaknya berpuas hati dan gembira dengan Hari Sukan ini. Walapun pada tahun ini para pelajar tidak ada baju sukan yang warnanya mewakili warna rumah pasukan masing-masing, ini tidak melunturkan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang PESKO berlangsung.

Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah bola sepak, sepak takraw, bola tampar, badminton, merentas desa dan juga acara sukaneka. Semua aktiviti padang berlangsung pada hari Ahad dan pada hari Rabu cuma peringkat akhir dan separuh akhir sahaja. Pelajar menunjukkan semangat yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan masing-masing iaitu pasukan Badar (Hijau), Khandak (Merah), Tabuk (Biru) dan Uhud (Kuning).

Saban tahun, memang nama ini yang diguna pakai untuk setiap nama pasukan. Mengambil semangat juang sempena nama peperangan yang terjadi di zaman Rasulullah s.a.w.

Hari kemuncak PESKO iaitu hari Rabu, antara perjalanannya adalah:-

7.00 pagi

Semua pelajar berkumpul di dataran asrama mengikut rumah sukan masing-masing. Ada di kalangan mereka yang membawa sepanduk dan juga slogan kata yang melambangkan kekuatan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan mempunyai slogan dan kata semangat yang dilaung untuk menunjukkan semangat kumpulan masing-masing.

7.30 pagi

Para pelajar berarak mengikut rumah sukan dengan setiap rumah sukan melaungkan slogan tema kumpulan masing-masing.

7.40 pagi

Para pelajar berkumpul di dataran perhimpunan sekolah. Kelihatan warna merah, biru, kuning dan hijau mewarnai tapak perhimpunan sekolah. Sedikit taklimat daripada SU Kokurikulum, Cikgu Sarji mengenai perjalanan PESKO MTAQA 2016 pada hari itu.

7.50 pagi

Ucapan alu-aluan yang bersemangat daripada PK Hem, Cikgu Wan Rahim selaku wakil pihak pentadbiran sekolah dan harapan pihak sekolah dalam melahirkan yang sihat pada badan dan juga akal fikiran.

8.00 pagi

Sesi pemanasan badan untuk aktiviti merentas desa. Para pelajar yang mempunyai penyakit lelah, dan mana-mana pelajar yang ingin menarik diri daripada aktiviti merentas desa diberi peluang terakhir sebelum larian rentas desa ini dilepaskan.

8.15 pagi

Polis trafik sebagai penjaga laluan sepanjang trek larian rentas desa sudah sampai dan memberikan ‘green light’ untuk larian ini dilepaskan. Wisel berbunyi dan pelajar memulakan larian merentas desa dengan bersemangatnya untuk mengutip mata bagi pasukan masing-masing.

9.15 pagi

Semua peserta larian sampai di perkarangan sekolah. Pelajar diberi masa untuk rehat serta mengisi semula tenaga dengan mengisi makanan ke dalam perut sebelum acara lain bermula.

9.40 pagi

Sedikit pengisian slot oleh Badan Dakwan dan Kepimpinan dengan slot Solat Dhuha yang diwajibkan kepada semua pelajar. Objektifnya supaya pelajar tahu yang istilah kotor dalam Bahasa Melayu tak semestinya kotor sampai tahap najis yang dianggap kotor dalam Islam.

9.45 pagi

Acara bola tampar bermula. Semua pasukan memberikan sorakan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan masing-masing. Sungguh meriah dan penuh bersemangat sokongan yang ditunjukkan oleh para pelajar.

10.45 pagi

Acara sepak takraw pula mengambil alih usai sahaja acara bola tampar. Sokongan yang sama daripada para pelajar.

11.30 pagi

Acara sukaneka bermula dan acara sukaneka dikhususkan kepada pelajar yang berada di tingkatan 1 dan juga tingkatan 2. Acara meniup belon sampai pecah adalah acara sukaneka yang paling mencuit hati para penonton yang terdiri daripada para guru dan juga pelajar.

12.30 petang

PESKO MTAQA 2016 sudah sampai ke acara kemuncaknya. Sesi majlis penutup dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang dan kumpulan juara untuk PESKO MTAQA 2016. Juara kumpulan adalah kumpulan Khandak yang mengalahkan semua kumpulan lain. Tahniah kepada rumah pasukan Khandak.

1.20 petang

Pelajar dan guru bergegas ke masjid untuk solat zohor berjemaah sebelum bersurai untuk makan tengah hari.

Terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus dalam menjayakan program tahunan ini dan terima kasih juga kepada para pelajar atas kerjasama dan akhlak yang baik sepanjang program ini berjalan. InsyaAllah, Khandak akan tewas pada tahun hadapan.

Lagi gambar di link berikut https://www.facebook.com/MTAQAsriah/posts/820102241434986

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s