Solat Sunat Gerhana Matahari


Rabu | 9 Mac 2016

Gerhana Matahari jarang-jarang sahaja berlaku. Tidak berlakunya juga gerhana matahari dan gerhana bulan dengan serentak dalam sesuatu masa. Allahuakbar, dapat melihat kekuasaan Allah melalui kejadian gerhana matahari yang mana mengikut kepercayaan agama-agama lain adalah sesuatu yang biasa dan ada juga yang mendakwa gerhana boleh mendatangkan bala. Jikalau mengikut atheis, ianya cuma hukum fizik atau hukum alam sahaja.

1) Alhamdulillah, solat sunat gerhana matahari secara berjemaah berjaya dianjurkan oleh Unit Dakwah dan Rohani (BADAR) MTAQA.

2) Anak-anak tahfiz dan murabbi MTAQA terlibat dengan solat gerhana ini yang mana ianya dikerjakan di masjid MTAQA dan diimami oleh Ustaz Azri Amin selalu Guru Dakwah dan Rohani MTAQA.

3) Para pelajar dan murabbi berkumpul di masjid pada jam 8.00 pagi sebaik sahaja kelas Al-Quran tamat yang mana kelas Al-Quran diawalkan sehingga jam 8.00 pagi sahaja untuk memberi laluan kepada Solat Sunat Gerhana. Ini kerana, anak-anak Tahfiz masih dalam minggu peperiksaan.

4) Solat gerhana adalah antara sunah Nabi Muhammad s.a.w yang sangat dituntut, oleh itu syabas diucapkan kepada Unit Dakwah dan Kepimpinan atas penganjuran menghidupkan sunah ini.

5) Allah menunjukkan kekuasaannya melalui gerhana, maka perbanyakkanlah istighfar memohon ampun dan perbanyakkanlah sedekah jariah sebagai bekal amalan kita dalam perjalanan menuju mengadap Yang Maha Kekal.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s