KEJOHANAN SUKAN PERINGKAT ZON 4


skuad bola tampar dengan medal emas mereka di MMRP

Kejohanan Sukan Peringkat YIK adalah suatu kejohanan tahunan yang diadakan oleh pihak Yayasan Islam Kelantan dan boleh dikatakan saban tahun juga MTAQA akan menyertai hampir semua acara yang dipertandingkan. Sertai dahulu semua acara, keputusannya adalah lain cerita. Juara atau tidak, itu tidak menjadi masalah kerana sudah adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang.

Sebelum ke peringkat YIK / Negeri, suatu pertandingan yang berskala kecil terlebih dahulu akan diadakan atau lebih dikenali dengan pertandingan peringkat zon untuk mencari pasukan mana yang paling kuat untuk mewakil zon masing-masing ke peringkat Negeri. Di pertandingan zon ini juga kemungkinan wakil-wakil akan dipilih dan dibentuk menjadi satu pasukan untuk berganding di peringkat Negeri.

Baru-baru ini, MTAQA telah dipilih secara kata sepakat mesyuarat Kumpulan C untuk terus menjadi wakil dalam sukan berikut, bola tampar, ping-pong, sepak takraw dan juga badminton. Manakala, bagi bola sepak pula diserahkan kepada SMU(A) Siram untuk menjadi wakil ke peringkat zon memandangkan di MTAQA sendiri kekurangan prasarana yang mencukupi untuk latihan bola sepak.

Sesungguhnya, ia adalah satu perkara yang membanggakan kerana di peringkat kumpulan, kelihatan semuanya menaruh harapan kepada MTAQA untuk bertanding di peringkat Zon 4.

Ahad dan Isnin yang lepas (27&28 Mac), Kejohanan Sukan Peringkat Zon 4 telah diadakan di Maahad Muhammadi Rantau Panjang (MMRP). MTAQA telah menempah sebuah mini bas untuk pengangkutan para atlet harapan ramai ini. Mengikut kebiasaan tahun-tahun lepas, kejohanan sukan ini cuma berlangsung selama sehari sahaja. Oleh kerana fenomena Elnino yang melanda Malaysia, pihak penganjur terpaksa memberhentikan segala bentuk aktivti atau pertandingan pada jam 11 pagi dan menjadikan kejohanan ini berlangsung selama 2 hari.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Keputusan pertandingan mungkin agak mengecewakan tetapi masih boleh dibangga-banggakan.

  • Bola tampar – Juara (Wakil Zon ke peringkat Negeri)
  • Ping-Pong – tempat ketiga (seorang terpilih untuk wakil Zon)
  • Badminton – tempat ketiga
  • Sepak Takraw – tiada tempat

Bola tampar adalah satu-satunya kumpulan yang diwakili oleh MTAQA untuk membawa pulang medal emas dan akan ke peringkat seterusnya iaitu peringkat Negeri / YIK pada hari Selasa, 5 Mac ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada skuad bola tampar atas latihan yang bersungguh-sungguh dan juga komitmen yang diberikan sepanjang latihan. Kredit patut diberikan kepada juru latih bola tampar MTAQA, Ustaz Akasyah.

Semoga berjaya membawa pulang emas sekali lagi buat skuad bola tampar MTAQA!!

sebahagian skuad yang mewakili MTAQA ke MMRP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s