MAJLIS PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT AKHIR (MASSAK)


Semalam, tarikh 5 April sudah menjadi dalam lipatan sejarah yang mana tersimpan di dalamnya peristiwa-peristiwa yang manis mahupun yang pahit. Begitu juga bagi MTAQA, semalam sudah menjadi lipatan sejarah yang mana akan manis jika dikenang pada suatu hari nanti.

Semalam, telah berlangsungnya Majlis Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat akhir (MASSAK) yang bertempat di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong. Sebuah van sekolah yang memuatkan 2 orang peserta bagi mewakili MTAQA yang masing-masing untuk kategori A dan B telah berlepas pagi seawal jam 8 pagi lagi. Peringkat MASSAK menyaksikan semua wakil peringkat Zon yang ada di Kelantan akan berentap di satu pentas.

Bersama-samanya 10 orang pelajar sebagai penyokong dan juga guru pengiring yang merupakan jurulatih mereka iaitu Ustaz Asyraf Anuar. Semestinya, apa yang mahu daripada pertandingan ini adalah Johan bagi kedua-dua kategori. Namun, tak semestinya apa yang kita mahu itu, Allah akan berikan. Semuanya sudah tertulis, yang tinggal cumalah usaha yang berganda tanpa henti-henti.

Bagi kategori A, MTAQA diwakili oleh Mohamad Asyrafil Hakim daripada tingkatan 4, dan untuk kategori B pula diwakili oleh Muhammad Ahnaf Bin Khafidz daripada tingkatan 3. Sebagai tambahan, keduanya merupakan pelajar yang mempunyai pengalaman dalam pertandingan-pertandingan sebelum ini. Mungkin tiba masanya untuk MTAQA mengasah bakat-bakat baru dalam arena ini.

KEPUTUSAN

Keputusannya, MTAQA hanya mendapat Naib Johan bagi Kategori A iaitu adik Asyrafil Hakim dengan pungutan mata sebanyak 74 mata yang hanya ketinggalan 4 mata berbanding dengan Johan yang dimenangi oleh tuan rumah, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong.

Untuk kategori B pula, adik Ahnaf tidak mendapat sebarang nombor dan johannya disandang  oleh Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman (KTSNA) Kok Lanas. Walau apa keputusannya, syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua wakil MTAQA. Mungkin perlu muhasabah dan semak balik bagi pihak jurulatih apa kekurangan yang ada pada kita atau adakah ‘over confident’ telah memakan diri kita sendiri??

InsyaAllah, johan akan menjadi milik MTAQA tahun hadapan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s