KURSUS PENGURUSAN KPO


Telah berlangsung minggu lepas, satu kursus yang dinamakan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) yang diseliakan di bawah Badan Disiplin dan juga Badan Dakwah dan Rohani MTAQA. Kursus ini bermula pada 13 April sehingga 15 April 2016 yang bertempat di Gelora Beach Resort, Bachok Kelantan.

Seramai 22 orang pelajar MTAQA yang terdiri daripada Majlis Pelajar  dan juga Pengawas Sekolah menyertai kursus ini dan sememangnya kursus ini diwajibkan untuk setiap daripada pemimpin pelajar. Ini adalah kerana kursus ini bertujuan tidak lain hanyalah untuk menambah nilai tambah kepada kepimpinan mereka sekaligus dalam memantapkan organisasi atau unit yang dipegang oleh setiap seorang daripada mereka.

Kursus ini dikendalikan oleh pihak luar yang mana pihak sekolah menghantar 2 orang guru pengiring untuk memantau aktiviti yang dilakukan oleh peserta kursus. Guru pengiring tersebut adalah Guru Disiplin dan Guru BADAR sendiri iaitu Ustaz Hafisze Idrus dan Ustaz Azri Amin Mustapai. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada 2 orang murabbi ini.

Sebelum pelajar bertolak ke tempat kursus, terlebih dahulu kursus ini dirasmikan oleh Penolong Kanan HEM sekolah, Cikgu Wan Rahim di masjid MTAQA yang mana diselitkan sedikit kata-kata semangat dan kata-kata pesanan sebagai bekal dan juga sebagai pedoman diri sepanjang kursus berlangsung.

Justeru itu, semoga kursus yang berlangsung selama 3 hari ini mampu mencungkil dan mengetengahkan lagi bakat-bakat mengurus dan memimpin barisan kepimpinan Majlis Pelajar dan Pengawas Sekolah untuk sama-sama memartabatkan nilai keseluruhan pelajar MTAQA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s