PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT KUMPULAN


Kadet Bomba MTAQA

Berlangsungnya semalam, 17 April 2016 satu pertandingan kawad kaki peringkat kumpulan bagi Zon 4 di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Banggol Chicha (MTAQA). MTAQA telah menjadi tuan rumah secara mengejut dan secara terpaksa pada minit-minit akhir pertandingan. Mengikut asal perbincangannya, Maahad Muhammadi Pasir Mas akan menjadi tuan rumah dan kita sebagai tetamu akan bertandang ke tempat mereka untuk bertanding.

Walau bagaimanapun, dengan sedikit persiapan yang ala kadar, pertandingan kawad kaki ini berlangsung dengan lancar dan jayanya. Alhamdulillah.

Tambahan pula, pertandingan semalam cuma melibatkan 2 kadet sahaja yang mana kadet dari Maahad Muhammadi Pasir Mas (MMPM) dan juga kadet MTAQA sendiri. Kadet MMPM adalah Kadet Polis, manakala kadet yang mewakili MTAQA adalah Kadet Bomba yang dilatih oleh Ustaz Nik Manzur dan semalam para pelajar MTAQA bertuah dapat menyaksikan barisan kadet dan polis yang lengkap berseragam membuat persembahan di dataran perhimpunan MTAQA.

KEPUTUSAN

Keputusannya, Kadet Bomba MTAQA kecundang dengan beberapa mata tipis kepada Kadet Polis MMPM. Antara faktor  utamanya adalah kekurangan ahli anggota yang mana di situ ada markah besar untuk uniform bagi setiap ahli. Kurang satu ahli, kuranglah markah uniform. Biar pun kecundang dan tidak dapat mara ke peringkat Zon, sesungguhnya di situ ada hikmah dan juga ibrah yang diketahui mahupun yang tidak diketahui.

Apa yang lebih utama adalah iman dan takwa kepada Allah Taala. Melihat kepada falsafah kawad kaki, umum tahu yang kawad memerlukan kepada disiplin dalam keseragaman pergerakan untuk melahirkan satu bentuk dan formasi serta rentak yang menarik untuk sesuatu kadet mempamerkan kawad yang berkualiti. Begitu juga dengan jemaah dan barisan yang bersatu pada dalam perjuangan Islam. Keseragaman dan disiplin bersatu dan mengikut ketua pasti melahirkan jemaah Islam yang disegani dunia.

 

Kadet Polis MMPM

Para juri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s