MUKHAYYAM TARBAWI 2016


Minggu lepas telah selamat berlangsungnya Program Mukhayyam Tarbawi 2016 yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Rohani MTAQA atau ringkasannya dengan nama BADAR. Butir-butir berlangsungnya program ini adalah seperti berikut:-

Tarikh : 25-27 April 2016
Hari : Isnin – Rabu
Tempat: Hutan Rekreasi Jeram Linang, Pasir Puteh

Para pelajar MTAQA bertolak pada awal pagi Isnin selepas majlis perasmian di Masjid MTAQA. Kata-kata nasihat dan sedikit peringatan kepada para pelajar sebelum bertolak selepas diiringi dengan Solat Dhuha dan juga Solat Hajat secara berjemaah.

Apa yang ingin dicapai daripada program ini adalah untuk mendidik para pelajar untuk menyesuaikan diri dalam keadaan serba kekurangan. Bayangkan cuma tidur di dalam khemah untuk 3 hari, perlu memasak sendiri untuk mengisi perut dan juga dengan keadaan tandas dan air yang amat terhad.

Semoga anak-anak ini lebih matang, lebih tinggi keyakinan diri dan lebih berpengalaman untuk hidup di alam universiti nanti. Guna sebaiknya tarbiah yang diberikan sepanjang kem mukhayyam ini untuk kegunaan di kemudian hari.

Anak-anak Asriah keluar daripada zon selesa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru dengan jiwa yang terpaksa. Biar tidak selesa, ternyata di akhir program ini ada sedikit muka kepuasan dan keseronokan biarpun fizikal sudah penat dan tidak bermaya.

Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pentadbiran MTAQA, Ustaz Zawawi Zakaria, PK Pentadbiran dan PK HEM. Terima kasih juga kepada Guru BADAR, Ustaz Azri Amin Mustapai, Komandan Kem, Ustaz Nasuruddin Ismail, Pembantu Komandan, Ustaz Hafisze Idrus, barisan pentumas dan semua para guru yang terlibat secara langsung atau pun tidak.

Semoga program ini mencapai objektifnya dan insyaAllah program ini akan terus berlangsung untuk tahun-tahun hadapan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s