MTAQA KE PERTANDINGAN AKHIR NASYID MASSAK 2016


Tarikh 28 April 2016 merupakan satu tarikh yang boleh dikatakan tarikh yang bersejarah buat Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah (MTAQA) kerana pertama kali dapat menjejak kaki ke Pertandingan Akhir Nasyid MASSAK 2016.

Sejak sekian lama bertanding dan mengambil bahagian dalam pertandingan nasyid, tahun inilah yang paling ketara pencapaiannya kerana dapat mengambil bahagian di peringkat MASSAK. Jika sebelum ini, MTAQA hanya sekadar hebat di peringkat kumpulan sahaja. Tetapi tidak lagi untuk tahun ini.

Tahun ini, MTAQA sudah bangkit. MTAQA hebat di peringkat Kumpulan C dan juga berjaya merebut tempat Johan bagi peringkat Zon 4. Berbekalkan gelaran Johan Zon 4, MTAQA mara ke peringkat seterusnya iaitu peringkat MASSAK yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Keempat, Kota Bharu pada 28 April baru-baru ini.

Suatu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi warga MTAQA dan tahniah serta syabas diucapkan kepada skuad nasyid MTAQA yang menggelar diri mereka dengan nama Soutul Asriah. Tidak lupa juga kepada guru pembimbing mereka iaitu Ustaz Hamdi dan Ustaz Nasuruddin (digabunkan menjadi Ustaz Hamdin). Syabas dan tahniah sekali lagi kerana dapat membawa nama MTAQA di persada MASSAK 2016.

KEPUTUSAN NASYID MASSAK 2016

Sebanyak 10 buah sekolah bertanding pada peringkat akhir bagi kategori lelaki dan ternyata persembahan daripada setiap pasukan bukan biasa-biasa. Aura yang ada pada setiap pasukan ternyata memberi pukulan dan debaran buat Soutul Asriah membuat persembahan. Terasa ada satu cabaran yang berat perlu digalas sekiranya MTAQA ingin merangkul juara nasyid peringkat MASSAK 2016.

Sayang sekali, keputusan para juri tidak memihak kepada Soutul Asriah. Sebanyak 3 pemenang yang diumumkan, tidak ada satu pun  nama MTAQA disebut. Sayang, seribu kali sayang. Redha. Belum ada rezeki lagi buat MTAQA. Mungkin ini baru masa untuk skuad Soutul Asriah menimba pengalaman dan mempelajari sedikit sebanyak suasana peringkat MASSAK untuk diaplikasikan dalam persembahan bagi pertandingan tahun hadapan.

Keputusan Nasyid Peringkat MASSAK 2016 adalah seperti berikut:-

  1. Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu
  2. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong
  3. SMU (A) Tarbiah Mardziah, Panchor

Cuba lagi tahun hadapan. Walau apa jua keputusannya, warga MTAQA berbangga dengan Soutul Asriah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s