MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU MTAQA 2016


IMG_0262

Khamis, 26 Mei 2016 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Sambutan Hari Guru 2016 peringkat MTAQA.

Biarpun majlis ini tanpa kehadiran Pengetua, Ustaz Zawawi Zakaria, majlis tetap berjalan seperti yang dirancangkan. Ustaz Zawawi tidak dapat hadir kerana beliau terpilih menjadi guru pengiring bagi Program Lambaian Kaabah oleh YIK. Penerbangan beliau pada tengah hari hari Khamis ke KLIA dan seterusnya ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah.

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Kenapa baru 26 Mei MTAQA nak sambut Hari Guru? Sekolah-sekolah lain khususnya sekolah di bawah kementerian semuanya sambut pada 16 Mei yang lepas. Untuk makluman, pelajar MTAQA baru sahaja selesai menjalankan peperiksaan pertengahan tahun pada hari Rabu, 25 Mei dan terus melangsungkan sambutan hari guru pada keesokan harinya. Bahkan, semua sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) menyambut hari guru pada 26 Mei.

Seawal jam 8 pagi, majlis bermula dengan perasmian dan gimik pelancaran Hari Guru peringkat MTAQA. Majlis dirasmikan oleh Cikgu Wan Rahim Wan Ali selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid MTAQA (PK HEM). Ucapannya banyak menyentuh mengenai perilaku dan keperibadian seorang penuntut ilmu.

Selesai sahaja ucapannya, gimik pelancaran diteruskan dengan PK HEM memotong tali ikatan belon untuk dilepaskan di udara.

Sebelum itu, untuk makluman, semua program dan acara yang dirancang serta dilaksanakan ini semuanya adalah daripada idea pelajar. Pada hari ini, semuanya diuruskan oleh pelajar. Memberi peluang untuk mereka berkhidmat sepenuh hati kepada para guru mereka di samping mengajar mereka kemahiran dan pengurusan sesuatu program.

Majlis diteruskan dengan acara padang iaitu street soccer dan juga sepak takraw. Acara bola tampar pula tidak sempat dipertandingkan memandangkan masa sudah suntuk dan cuaca juga agak panas pada hari itu.

Acara street soccer dan sepak takraw  sudah cukup untuk menyaksikan segala aksi atlet kebangsaan yang dipamerkan oleh para guru dan ustaz MTAQA. Mungkin ada sesetengah murid yang tidak tahu sebenarnya guru mereka yang pakai kopiah, berjanggut, percakapannya lemah lembut tetapi dapat bermain bola dengan hebat setanding dengan Lionnel Messi!

Selepas acara padang, majlis diteruskan dengan sukaneka untuk para guru MTAQA. Acara yang menjadi cabaran adalah belon beracun, bowling kelapa, cari syiling dalam tepung dan tarik tali.

Adakah ianya cabaran? Langsung tidak ada cabaran buat para guru kerana ianya cuma acara sukaneka. Tujuannya adalah untuk berseronak dan bergembira bersama rakan-rakan guru yang lain dan menghiburkan hati para pelajar dengan telatah-telatah yang mencuit hati.

Ternyata, dalam banyak-banyak acara sukaneka, acara tarik tali yang paling mencabar. Tahun lepas tidak ada acara ini dan terima kasih kepada AJK kerana menyediakan acara tarik tali untuk tahun ini. Semua guru MTAQA yang ada pada hari tersebut dipecahkan kepada dua kumpulan dan perlu bertanding untuk mengetahui kumpulan mana yang lagi kuat lagi perkasa.

Sebaik sahaja acara sukaneka berakhir, acara dewan pula diteruskan. Acara dewan dimulakan dengan kata-kata aluan dari Ustaz Othman Che Yeeng selaku penasihat majlis sambutan ini. Kemudiannya, majlis diteruskan dengan persembahan daripada wakil setiap tingkatan. Bermula daripada tingkatan 1 dan 2 dengan persembahan lakonan dan tingkatan 3 dan 4 dengan persembahan dikir barat. Persembahan murid ini berakhir dengan persembahan daripada kumpulan nasyid MTAQA, Soutul Asriah.

Selesai persembahan pelajar, tiba giliran guru untuk membuat persembahan. Disebabkan masa yang begitu terhad dan suntuk, cuma 3 guru sahaja yang dibenarkan membuat persembahan. Ustaz Hanzalah membuat persembahan pantun, Ustaz Firdaus dengan syair gurindam dan Ustaz Manzur dengan sajak berapinya.

Kepada guru-guru lain, simpan bakat anda untuk persembahan pada tahun hadapan.

Majlis sampai kepada kemuncaknya dengan pembahagian hadiah kepada para guru dan juga sesi cabutan bertuah. Majlis berakhir dengan jamuan makan nasi arab dan pulut durian usai sahaja  solat Zohor berjemaah di masjid MTAQA.

**lagi-lagi gambar boleh lihat dengan klik di SINI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s